Thursday, December 11, 2014

Setelah sekian lama menyepi......

Assalamualaikum dan selamat petang :D

Okay, hello hai.. Lama dah den tak bersua dengan kerabat-kerabat blogger sekalian... Huhu...

Nak buat lagumana, busy je memanjang kan?

Tahun depan nak SPM la pulak dah.. Haihhh, memang sadis lah hidup..,

Tapi, lepaih tu Yeay!!

Party On!!!

HUhu...

Lepas SPM nak buat apa?

INgatkan nak ambil lesen motor tahun ni, tapi sibuk dengan tusyen pulak.. :(

So, kita ambik lesen motor lepaih SPM je leee....

Tapi, den teringin sangat nak PLKN... Doakanlah cek dapat noh!!! hehe...

Lepastu apa lagi, sambung blajaq lagilah....

Sesapa yang baca entry ni bagilah tips sikit.... Tak kesahlah tips apapun asalkan berfaedah..

Jangan bagi tips buat jahat sudah...

Lagi satu, cek ni baru berumur 17 tahun ( Daah setahun daah aku jadi blogger nii) ,

Tok saohlah bagi cek tips percintaan ke, perkahwinan ke, takpa cek muda lagi..

Haha, jangan tak percaya, cek ni single lagi...

Tak pernah couple lagi ehhh...

Huhu.. Innocent tak? Cehh, perasan.. Masuk bakul angkat sendiri!

Yelah, kalau tak angkat sendiri, sapa lagi nak angkat kan?

Okeylah... Cukup-cukup den mengarut kat sini, cek nak renovate blog kejap...

Dah bersawang dah blog kesayangan cek ni... Okeylah BYE!!!

Friday, October 17, 2014

Make up?


Assalamualaikum and hye!!!

Well, tak taulah ribut apa yang melanggar kepala I ni sampai jadi senget sikit...

Tetibe je nak kongsi tips make up.. hoho...

Tapi, sapa yang sanggup je lah tengok... 

Tapikan I bagitau siap-siap, dalam video ni banyak yang annoying things..

macam.. I tetibe tak jumpa I punye brush and stuff like that...

One more, I tak make up anything on my eyes.. I just not really like it..

............

Upps... sorilah guys... errors...

Later lah I upload.. alright?

But here are some pictures of me with that make up... ><








(nampak NATURAL kan? haha.. just joking...)


Tetibe nak share some of my pictures that I just wear half make up... 






( yang I point tu side yang ada make up... I'm sure you can spot it...)


Okaylah.... macam give away gambar je... haha..

Bye...

Wednesday, October 15, 2014

ohhhh sawang...


hyee.. hyee.. hyee..

A long time I tak melalut kat sini... Blog ni pun dah naik bersawang 1000000 inci dah.... haha..

tu yang title entry ni ohhh sawang... haha..

believe it or not, 35 days to go guys... horeeeeee...

dah nak cuti dah!!! ( sorilah kalau I ni agak menjengkelakan, almaklumlah budak seramaaaaa..)

Well, all of sudden tetibe nak share plaannning untuk cuti ni....

1- godek blog (nak lawakan sikit blog usang ni)

2- ambik LESEN , nampak tak keterujaan yang melanda kat situ? _ _"

3- TUsyen :( .. nak buat cammmana... cek ni bukannya pandaiii sangat....

4- belajar menjahit (tu pun kalau mak bagi la...)

5- tengok wayang... , harap-haraplah belambak cerite best cuti ni...

Well, macam sempat je nak buat all the listed, cuti pun tak sampai sebulan setengah... SADIS betulllahhh...

tahun depan nak SPM... huiiihhh... Tak sabaqnya cek nak kluaq dari sekolahhhhh... haha...

Tu je kot I nak melalut harini... at least, tak delah bersawang sangat blog ni...

Bye, have a nice day..





Saturday, August 16, 2014

Waiting For You....

Aku memberi sedikit ruang kepada penumpang yang berlari untuk masuk ke dalam lrt tapi tetap buku-buku di tangan aku dilanggarnya.. Dia terus menunduk untuk mengambil buku-buku aku.. Mata kami bertatapan sebaik je dia bangun dari bongkoknya...

Kelu. Hanya itu yang mampu aku gambarkan tika ini... Kami masing-masing dihantui kekeliruan.. ‘Announcement’ lrt sudah sampai ke KL Sentral menyentakkan aku.. Buku di bukunya aku rampas dan berlalu keluar dari tren.. Aku meletakkan tangan ke dada sambil memerhatikan tren yang berlalu pergi meninggalkan aku..

Ya Allah, mengapa mesti kau temukan kami?


Aku membuka galeri telefon aku sementara menunggu panggilan penumpang ke Perak untuk masuk ke dalam tren ETS... Aku lagi suka naik public transport sebab senang.. Tak payah nak cari parking bagai... Lagipun aku datang KL dalam masa seminggu atas urusan kerja dengan public transport je..

Dah nama pun KL, sinonim sangat dengan traffic jam.. Jadi aku ambik keputusan tinggalkan kereta dekat Ipoh dan ke sini dengan tren ETS..

Aku tersenyum melihat gambar seorang  jejaka yang satu satunya di hati aku.. Dia memang kacak, kadang-kadang aku naik rimas tengok perempuan lain yang bagi aku ‘tak tahu malu’ menjeling-jeling ke arahnya.. Siap ada yang menyengit lagi... Bikin gua panas je.. Tapi, itu semua cerita lima tahun lepas sebelum dia tinggalkan aku...

Semestilah aku marah, dia tinggalkan aku tanpa sebarang notis.. Dan paling menyakitkan hati, bila Wawa, perempuan gedik yang tergila-gilakan dia kata yang Qash lari dengan dia ke Siam dan bernikah di sana... Seminggu lepas dia tinggalkan aku, aku hampir nazak... Keluarga serta mertua aku cuba memujuknya pulang melawat aku tanpa dia tetap dengan egonya..

Kalaulah aku ‘pergi’ ketika itu,..... Agaknya apa perasaan dia eh?

Tapi, aku tetap akan tunggu dia... Biar sampai ke tua.. Biar orang melabel aku sebagai anak dara tua, sedangkan aku dah kahwin.. Kahwin muda lagi...

Qashfi Rayqal, I will wait till the end of my life... That’s my promise..

Aku memandang pula cincin di jari manis aku.. Walaupun hanya sebulan aku dan dia sempat bersama tapi kenangan tu akan sentiasa ada dalam fikiran aku.. Tiada siapa tahu di mana dia berada dan atas alasan apa yang sebenarnya dia meninggalkan aku begitu saja..

Lima tahun.. Tempoh itu cukup perit untuk aku tanggung hingga kini.. Setiap malam, aku akan berdoa agar Dia menyejukkan hati Qash untuk pulang kepada aku.. Lamunan aku tersentak apabila panggilan penumpang ke Perak kedengaran.. Aku menarik beg bagasi aku ke dalam platform.. Sebaik je duduk, tab terus aku buka.. Menghilangkan kebosanan sementara menunggu tren untuk sampai ke Ipoh.. Kalau nak tidur, habislah tudung dan makeup aku nanti...

Aku mengerling sekilas penumpang yang duduk di sebelah aku.. Alahai, jejaka la pulak! Payah ar macam gini... Tapi, takpe sebab ni mesti ‘hot guy’ ni... Bergaya semacam je aku tengok dari anak mata aku.. Perfume yang dia pakai memang menusuk hidung betul.. Tapi, kira ‘better’ lah daripada duduk sebelah... Ya Allah, pernah sekali tu aku duduk sebelah ______ ... Baunya memang ‘harum’ betul.. Memang agak terseksalah den kat sebelah tingkap ni...

Bila pekerja KTM minta tiket aku untuk disemak, barulah aku berpaling.. Tersentak aku dibuatnya... Mata kami bertaut.. Mulutnya terbuka seolah-olah ingin mengatakan sesuatu tetapi ditutupnya semula sebaik je pekerja KTM tu menyerahkan semula tiket aku kepada aku.. Aku pun setelah mengambil semula tiket, terus beralih ke arah tab...

Dia memandang cincin di jari manis aku.... Aku juga, anak mata aku mula berkeliaran ke arah tangannya.. Sebentuk cincin berukiran seperti cincin aku tersarung di jarinya.. Sekali lagi, Dia menemukan kami..

Masing-masing diam melayan perasaan sendiri.. Sebaik je tren sampai ke Ipoh, dia berlalu meninggalkan aku tanpa sepatah kata lagi.. Aku ada memanggil namanya tapi tersekat di keronkong aku..Qashfi Rayqal...


Aku melangkah keluar dari bilik stor mengambil baju pengantin yang aku rasa boleh menarik hati dia...

“Miss Alisha, how about this dress?” Tanyaku kepada wanita berusia 25 tahun ini.. Wajahnya bersih, cantik.. Rambutnya dibiarkan tanpa sebarang ikatan dan baju separas lutut tanpa lengan tersarung ke tubuhnya..

“Yeah, absolutely.. It so... wow!!”

“Abang, take a look at this!” Dia memanggil tunangnya.. Aku turut memandang ke arah lelaki yang sedang membaca surat khabar menutupi mukanya itu... Dia menutup surat khabar itu.. Aku tersentak..

“Wow... Pandai wedding planner you pilih..” Katanya memandang ke arah aku dan turut tersentak...

Dia... Dia yang aku tunggu selama ni ialah pelanggan aku sendiri? Aku bakal menguruskan perkahwinan bakal madu aku sendiri? Ya Allah, ujian jenis apa yang kauberikan terhadap hambamu ini Ya Allah?

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.. Patutlah, dia langsung tak tegur aku dalam tren tempoh hari...


Aku tersentak dari lamunan.. Air yang aku masak dah masak.. Aku meraup muka aku.. Milo ku bancuh dan aku minum sesegera mungkin... Aku melihat diri aku di cermin sebelum keluar dari rumah.. Aku rasa hari inilah dugaan yang paling berat bakal aku tempuhi.. Melihat perkahwinan bakal madu aku sendiri.. Keluarga aku tidak aku maklumkan tentang ni... Biarlah aku menanggungnya seorang diri.. Keluarga mertua? Aku pun sedang memikirkan apakah reaksi mereka kalau mereka tahu bahawa aku lah pengurus perkahwinan anak mereka, menantu mereka sendiri..

Dewan ni mula bising bila’kereta panjang’ pengantin tiba di perkarangan hotel.. Aku hanya duduk di kerusi aku.. Sebaik je pengantin melangkah masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin, aku buat-buat sibuk membaca mesej.. Perempuan mana sanggup melihatnya tanpa titisan air mata?

Aku menahan air mata seboleh mungkin.... Aku mengangkat muka sebaik kerusi di sebelah aku diduduki seseorang.. Malas aku nak berpaling.. .. Daripada orang perasan mata merah aku baik aku tak payah paling..

“Perkenalkan wedding planner kita, Amanda Qaisara...” Aku bangun dari duduk aku seperti yang telah aku lakukan sewaktu rehearsel tempoh hari...

Aku memandang ke arah pelamin.. Eh?



Apakah yang pelik? Mengapakah Amanda Qaisara berkata "eh?" sebaik melihat ke arah pelamin?? Nantikan sambungannya.... Ada sesuatu terjadi kepada Adrian kah? Atau adakah Adrian merncangkan sebuah kejutan buatnya setelah menghilang selama 5 tahun??

Saturday, July 19, 2014

Short story : KERANA AKU MENCINTAIMU I

Aku mencuri-curi memandang pekerja bernama Qashfi Raiqal tu. Hensem dia, bapak ah! Single pulak tu. Tengok tu, dia mengusap rambut dia ke belakang pulak. Hoi, boleh pengsan aku macamni. Tengok tu lagi, dia menggeliat kecil. Hesy, kalau macam ni masuk ICU aku buat setahun dua.
Aku memandang semula rak ubat gigi ni bila dia pandang aku. “Dila,jagakan kaunter boleh? Saya nak pergi toilet kejap.” Pintanya tersenyum. Aku berpaling dan memang terkejut beruklah aku tengok dia dekat sebelah aku. Aku rasa tadi dia cakap dengan aku waktu dia masih dekat kaunter. “O.o.okey..” Balasku.
Tergagap tu disebabkan hati aku yang sentiasa berdegup kencang bila dia berhampiran dengan aku. Dia tersenyum manis buat aku. Aku pula terus memandang ke arah lain. Dalam hati, aku mengutuk diri sendiri sebab tak balas senyman menawan tu.. Aku gugup.. Aku segan.. Semua ada alah kiranya.
Khayalan aku terhenti sebaik je pintu kedai 7 Eleven aku dibuka. “Selamat datang” kataku menyambut kedatangan pelanggan tersebut.
“Sayang..”
Terus aku menarik nafas sedalam mungkin. Datang dah makhluk Allah si sengal ni...  “Kenapa sayang nak jugak kerja dekat sini? Buang masa je... I ada banyak duitlah, you tak perlu kerja dekat sini.. ‘Better’ you spend masa dengan I.. We can go shopping, tengok wayang, main ice ski, macam-macam lagilah sementara tunggu our spm result..”
Aku buat dengar tak dengar je mamat ni membebel. Inilah Adam, tunang aku. Jangan salah faham, ini semua perancanagan keluarga kami. Kalau ikutkan keluarga aku taklah kaya mana tapi entahlah macammana keluarga kaya mamat ni dengan keluarga orang sederhana macam aku ni boleh kenal. Dahla tu siapa paksa anak kahwin sesama sendiri pulak tu.
Dan mamat ni lagi sorang. Aku tak nampak mana cantiknya aku sampai dia yang tak sabar-sabar sangat nak kahwin dengan aku. Aku rasa ramai je kawan perempuan dia yang kaya-kaya, yang cantik macam supermodel yang nakkan dia tapi entahlah kenapa mamat ni pandang aku jugak.
“Sayang? You dengar tak apa I cakap ni?”
Aku terus duduk. Malas aku nak melayan mamat sengal ni. Sakit jiwa aku je. Tapi Si Adam ni mendagu pulak dekat kaunter tu sambil merenung ke arah aku.
“Pergi baliklah Adam. Aku malas nak melayan.. Muka kau pun naik muak aku tengok.. Kat rumah aku tengok kau, dekat kampung aku tengok kau, takkan dekat tempat kerja aku ni terpaksa hadap muka kau jugak?” Keluhku.
“Baguslah biar mekar sikit hati you untuk I..”  Itulah jawapan dia yang aku dah dapat jangkakan.
“Apa yang ada dekat aku ni sampai kau hadap aku macam ni sekali? Kenapa mesti aku? Banyak lagilah perempuan yang cantik dekat luar tu yang nakkan kau.. Takkan kau tak ada pilihan hati sendiri?” Kataku lagi.
“You ada pilihan hati sendiri ke? Ada ke yang nakkan you?”
“Eh, even kau yang hensem, kaya pun hadap ngan aku apatahlagi kalau mamat yang staraf dengan aku... Dahlah pergi balik.. Tolonglah jangan kacau aku lagi. Terima kau jadi tunang pun dah cukup menyeksakan aku.. Aku dah ada pilihan sendiri..Pergilah balik” Kata aku lagi mengharap supaya Adam ni betul-betul pergi.
“Okey I akan balik only if you give me his name...” Duganya. Dia ni mencabar aku nampak?
“Fine, Qashfi Raiqal.. puas hati?” Jawapan aku menyentakkan dia sekaligus aku dan Qashfi sendiri. Sudahnya kami bertiga diam menyepi, masing-masing terkejut. Aku bukan terkejut je tapi malu! Apa aku dah mengarut ni?
Adam yang tak puas hati terus keluar dari kedai 7 eleven dan memecut laju dengan motor besar dia tu. Qashfi memandang aku tak berkelip, dan aku seolah-olah tak ada apa pernah berlaku keluar dari kaunter untuk ... entah aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ni tapi yang pasti aku kene duduk jauh dari mamat.. Jantung aku dah kencang lagi kencang dari yang sebelum ni..
Tiba-tiba tangan kanan aku dipegang menghentikan langkah aku.
“Awak betul-betul ke just nak gunakan nama saya untuk selamatkan diri awak?” Soalannya berbunyi agak tegas.
Apa aku nak jawab ni...
Dengan menarik nafas sedalam mungkin, “Dua-dua..” Jawabku perlahan. Entah dia dengar atau tak..
Dia melepaskan tangan aku perlahan-lahan. Adakah aku dah buat keputusan yang salah? Dengan hati yang hampir pecah aku berlalu, ke dalam stor untuk menyusun stok.. Dan untuk seharian tu kami langsung tak memandang sesama sendiri apatahlagi untuk menegur sapa.
Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Tangan aku pula mencari telefon bimbit aku. Ah, dah pukul tujuh pagi. Dengan menggeliat kecil aku bangun dari tidurku dan aku menapak ke ruang tamu. Aku membuka pintu rumah dan pagar. Anak patung sebesar pelukan aku angkat dan kad kecil yang terselit dengannya aku tarik.. Kenapa aku rasa macam hadiah ni bukan dari Adam, yang selalu bagi aku barang mahal..
‘Will you be my sweetheart?’ –QR-
QR.. Adakah Qashfi Raiqal?
Aku melompat kegirangan. Adakah aku dah buat keputusan yang paling tepat dalam hidup aku?
 Beberapa minggu kemudian,
Aku tersengih bila dia bayarkan aiskrim yang aku nak.. “Kongsi eh.. duit tak da ni..” Keluhnya.. Comel! Aku menggangguk laju. Siapa yang tak nak kongsi aiskrim dengan kekasih hati?
“Comot!” Dia mengelap hujung bibir aku yang comot.. Aku tersengih lagi.
“Awak, esok result SPM nak keluar.. Doakan eh?” Kataku yang kemudiannya melentokkan kepala ke bahunya.
“Of course sayang..”

“Dila, kamu termenung apa tu? Adam dah tunggu kamu tu... Cepat nanti tertinggal flight baru tahu..” Panggilan ibu menyentakkan aku yang berpaling menanti kehadiran si dia yang tak muncul-muncul.. Sejak aku kemalangan dua minggu lepas, dia terus lenyap dari hidup aku. Puas aku cari tapi tak aku jumpa.. Aku berharap sebelum aku berlepas ke UK untuk menyambung pengajianku, aku dapat melihat mukanya walaupun seketika. Tapi, hampa. Kehadirannya tetap tiada. Penantian aku sia-sia...

Itu semua cerita lima tahun lalu.. Aku memandang diri aku di cermin dengan pakaian pengantin yang tersarung di tubuhku. Hari ni aku akan bernikah dengan siapa lagi kalau bukan Adam? Aku merenung ke luar jendela melihat tetamu-tetamu yang hadir. Adakah jodoh aku dengan dia? Adakah dia akan muncul di hadapan aku semula?
Aku yang berpaling tak jadi berbuat demikian apabila aku tengok lelaki berkaca mata hitam masuk ke perkarangan rumah aku. Aku tahu, aku kenal siapa lelaki tu. Aku terus berlari ke bawah dan keluar rumah. Pandang pelik tetamu dan keluarga aku akuhiraukan. Apa yang penting ialah seseorang yang aku nampak tadi.
Langkah aku terhenti dihadapannnya. Kayu yang dipegangnya mengenai kaki aku. “Cik, maafkan saya.. Boleh tolong saya masuk ke dalam rumah? Kawan baik saya nak kahwin, saya nak dengar bakal suami dia akad nikah.. Sepatutnya pembantu saya bantu saya, tapi dia tertinggal barang dekat kereta.”
‘Kawan baik saya nak kahwin’ ?
“Cik?” Panggilan tak kusahut. Sehinggalah seorang lelaki menghampiri kami.
“Tuan, saya dah ambil dah telefon saya.. Bolehlah kita masuk ke dalam.. Tumpang lalu cik..” Dia yang nak berjalan di sebelah aku aku tahan.. Aku berjalan jauh sedikit daripada dia dan memanggil si pembantu tu datang kepada aku.
“Apa yang dah terjadi kepada tuan awak?” Tanyaku.
“Oh, nama tuan saya Qashfi Raiqal.. Tuan saya sebenarnya mendermakan matanya kepada perempuan yang dicintainya.. Dia tak dapat nak berkahwin dengan perempuan tu sebab tuan saya ada barah otak.. Dengan mendermakan mata dia kepada buah hati dia, sekali gus dia dapat pembiayaan penuh untuk kanser otak yang dialaminya..Siapa, itu saya tak pasti tapi macm tulah ceritanya.”
Tiba-tiba aku seolah-olah dilitupi kenangan lampau..
Kenapa awak buat saya macam ni Qashfi? Kenapa?! Kenapa awak bertunang dengan dia? Awak kata awak cintakan saya sorang?!
Aku mengoyak gambar tunang Qashfi dan seorang gadis. Senyuman mereka bahagia , betul betul bahagia.. Sampai hati awak cakap awak Cuma anggap saya sebagai adik awak, Qashfi?!
Saya cintakan awak, tapi rupanya ayat-ayat sweet, panggilan sayang awak terhadap saya selama ni rupanya hanya sekadar seorang abang kepada adik! Sampai hati awak!
Baiklah, biar aku buta, biar aku tak dapat tengok muka kau lagi ataupun muka Adam ataupun muka keluarga aku yang mendesak aku kahwin dengan Adam. Aku hanya akan cintakan kau sorang, Qashfi.. Kau sorang! Tangan aku terus mengambil botol berisi cuka dan aku tuangkan ke atas mata aku sebelum semuanya menjadi gelap..

“Cik, cik okey?” Teguran pembantu Qashfi menyentakkan aku. Aku terus melangkah ke arah Qashfi.. Air mata aku merembes keluar.
Aku memegang tangannya.. “Ha Aidil.. lambatnya kamu ni.. Cepatlah nanti tak sempat saya nak dengar Dila nikah..” .. katanya membuatkan aku terduduk.. “Kenapa awak seksa saya macam ni Qashfi.. Kenapa? Kenapa awak bagi mata awak pada saya? Biarlah saya buta, biarlah saya mati.. Asalkan cinta saya pada awak tersimpan buat selamanya.. Kenapa? Kenapa?” Kataku perlahan dalam tangisan.
Dia pun perlahan-lahan menjatuhkan badannya dan tangannya mengusap muka aku. Tiba-tiba dia bangun semula. “Aidil, bawa saya pergi dari sini.. sekarang juga..” Arahnya kepada pembantunya..
“Awak nak pergi mana? Kenapa awak nak pergi? Kalau awak cintakan saya, awak takkan biarkan saya berseorangan.. Kenapa?!” Jeritku.
Aku yang nak mengejar nya dihalang ibu dan ayah aku. “Qashfi!! Awak!! Please jangan tinggalkan saya sekali lagi!” Jeritku dan cuba melepaskan diri..
Aku terdiam sebaik sahaja Qashfi berpatah semula kepada aku. Pipi aku dipegangnya “Kerana aku mencintaimu..” Katanya membuat aku terdiam dan berlalu.
“Kalau awak cintakan saya, kenapa awak tak nikah dengan saya?” Soalan aku mebuatkan dia berpaling dan hanya tersenyum..

“Sayang? You okey tak ni? Bukan main jauh you termenung, entah-entah dah sampai bulan.. Anak kita Qisha dah berteriak nak minum susu mama dia..” Sapaan Adam menyentakkan aku. Aku memandang semula selendang pemberian Qashfi yang membangkitkan semula kenangan lama itu.
“You, still cannot forge...” Aku meletakkan jari petunjuk aku ke bibirnya.
“Semua tu kisah lama.. Jangan ungkit.. Dah jom.. Kesian Qisha..” Aku menarik Adam untuk bangun sekali.

‘Kerana aku mencintaimu..’ Suara itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Apa yang aku harap ialah, aku dapat bertemu dengannya suatu hari nanti dan berterima kasih..
   
P/s :  Sori sangat sebab cerita ni macam hambar sikit.. Mungkin sebagai pengenalan je dulu.. Hehe.. Nanti I akan buat KERANA AKU MENCINTAIMU II pulak.. Dan I janji yang tu akan merungkaikan segalanya.. Sori and selamat membaca! 


Friday, May 23, 2014

kenangan malam sebelum hari guru

Hye guys...

Seriously, yesterday moment will never I forget..

One of my dormmates, zakiah left her keys inside the locker and the locker is accidentally locked...



Gilalah.. kiteorang guna macam-macam cara nak bukak loker dia... Dahlah senior tak balik dorm lagi sebab 

depe kena hias dewan for teachers day...

Kiteorang korek lubang mangga dengan besi, siap minatk tutorial daripada Encik Youtube lagi.. huhu..

Tapi tak menjadi jugak.. Then one of us suggest kite tonggengkan sikit loker dia dan jatuhkan kunci tu..

But sama jugak.. TAK DAPAT!

Lepas lights off (tutup semua lampu) pun kiteorang cuba jugak tapi susah sikit sebab pakai torchlight je.

I got fed  up and  go to have shower... Sebab dah berpeluh dok tolong bukak loker dia..

I sempat 'berjimba' waktu mandi tapi bila I dah habis mandi, they all still tak succeed bukak loker dia, I 

mean to get her keys...

Diaorang sampai pergi mintak cutter daripada cikgu tapi cutter tu macam tak berfungsi... Dah bukak segala 

screw pun still tak dapat berfungsi..

We got luck as seniors dah balik dorm and one of our seniors ask permissions from prefect in charge and 

she allowed us to switch on the light..

Entah la kenapa, dormmates yang paling bersusah payah tolong kawan I yang tak boleh bukak loker ni, 

Syaza because Zakiah promise a cheese burger to those who succeed to get the keys, letak balik screw 

yang dia tanggal dripada cutter yang tak berfungsi tadi...

I don't know how but I did discover that the cutter can function actually, their mistake to cabut screw

 from the cutter...

kiteorang pun try lah potong mangga tu tapi mangga tu tebal sangat...

And I make some kidding "Zac, berapa ribu kau beli mangga ni?"...

Then, I  try kepit mangga tu dan tarik die ke bawah and suddenly 'TAP!'

Guess what??

Mangga tu terbukak!

What the....... kan??

Yeah, I'm gonna get the cheese burger....

Actually I nak sambung dengan cerita hari guru but dah nak masuk DM..... Malam nantilah I sambung, 

*kalau sempatlah sebab malam ni ada program... :(

Okay.. Tu je... Bye have a nice day!




Friday, May 16, 2014

Entry lameeee

Why entry lame???

Huhu..

Sebab gmbar ni dah lama tapi baru nak kongsi sbb malas nak bukak tenet lagipun nak charge memanjang 

tak dapat almaklumlah plug dua je nak dikongsi 24 orang dalam dorm ni...

HUh!


mai pekenai my dormmates


again..


urmmm.. tak sempat nak lompat..


juniors of EPI 1 :)

TU je cek nak habaq senanya...

ni sume gambaq lama tu yang title pun entry lamee.. K bye!

Sunday, May 11, 2014

Esok pekse PHYSICS!!!!!

Huhu..

Physics???!!!!!    
                                                                                                                                                         

Gua dah tepuk dahi awal-awal... Mati nana nak jawab lagu mana ni?

One of my weak subjects. NO!

Ceh,  dah tau susah dok berblog lag bagai kan'?

Hehe.... RElaks jap...

Lagi I nak kongsi satu cara mudah nak study physics... macam yang I tengah buat sekarang ni... Seronok gile laman ni... Senang and mudah faham..

Note? Exercises?

Semua dia dah sediakan...

Tapi tak taulah kalau korang dah tahu pasal laman cume nana je yang lambat...

Klik sini, okay?

Okaylah nana nak sambung study... Besok nak pekse PHYSICS!!!!

Wish me luck okay?!

BYe...


P/s: buat peminat-peminat nana yang bernama 

  • wan atiqah
  • aidah nina
  • syaza amilia
  • farah nabila
(semua di atas ialah dormmates saya... harap maklum.. huhu)

#selamat membaca! hehe

Saturday, May 3, 2014

Esok pekse? NO!!!!

Huhu,,,,

assalamualaikum...

huih... dentuk dentak dada nana ni mengenangkan esok pekse!

Pekse tengah tahun pulak tu!

Ayo!!!!

Doakan nana yang terbaik ye..

I want to make my parents proud of me...

Hemmm... dah tak leh nak cakap banyak dah nana..

Nak update entry pun dah jarang-jarang sekarang ni...

Tu yang tak de peningkatan pon dalam bilangan follower *ke situ lak ak...

Hummmm....

Doakan nana ye!

Bye..

Sambung baca sejarah..................

Wednesday, April 16, 2014

apabila dot hijau menghilang...

assalamualaikum

dot hijau menghilang????

dot hijau??

huh... mesti korang pening skunk ni kan?

okay, nana bagi klu... 


dah dapat klu??? tak dapat lagi????

haisshhh....

maksudnye, bile kawan baik nana dah tak online fb....

sedih tau!

rasa macam nak nanges sebab nana dah pindah sekolah lain tingggal dia kat sekolah lama...

rindu zaman waktu f3 dulu... waktu 'havoc' haha..

waktu nana buat status tu rasa macam nak nangis tapi nana kene tabah kan?
betul tak?
  
So, nana nak pesan, hormatilah orang yang ada di sekeliling kita sebelum depe menghilang depan mata kta...

Nana dah rasa sakitnye....

jangan jadi macam nana tau!

Lagi satu, korang doakanlah kawad PBSM sekolah nana (SESERI) at least 5 ke atas... Nana join kawad ni tau! 

penatnye, Allah je yang tau!

Okaylah tu je... Bye...

P/s: Nana mungkin tak akan bukak blog ni buat beberapa minggu, taklah... beberapa hari, untuk fokus dalam pelajaran... pekse tengah taon dah dekat so nanakene fokus!!!

Doakan nana ye!

Lots of love, nana

Sunday, April 13, 2014

SEDih di hari minggu

Asslamualaikum...

Huh.... yes.. I am very sad now...

Nana sedih... okay ce bace ni dulu...


itu, nana punye fb ststus.... see? Waktu nana tulis status tu, air mata nana dah bergenang... Sedih dan sakit hati bercampur sekali...

Yelah, siapa tak sedih kalau kawan baik kita sendiri tak balas mesej kite. dan yang paling menyeksakan sekali bila dia seolah-olah turn off chat bile kite tegor die...

Apa salah nana?

Then, nana baca balik apa yang kiteorang chat sebelom ni, ape lagi, terus banjirla (nangis) jawabnye...

Even kalau dulu, waktu nana tangah angin, dia tak pujuk nana tapi dia ada duduk di sebelah nana.. Tapi sekarang? Dia dah tak de untuk dududk di sebelah nana yang tengah angin dan tanpa disangka sangka dia lah punca nana naik angin!

Sebelom tu, nana memang dah naik angin dengan hantu sekor ni... Tengok,

 nampak tak yang nana highlight tu...

memang cari pasal betul! masalah ape? jeles cakap... nampak sangat si tahyul tu pengecut, sebab ape tau, dia tak bagi link url dia....

Derrr,, nak uji kesabaran aku ker? so then makin sikit orang yang nak menjelajah blog aku yang ko kata 'tak cantik' ni?

Aku pun manusia biase gak! Sape tak naik angin, tak de angin tak de ribut tetibe tinggalakan ayat taik yang macam tu...

Amninuu, nama dah sedap dah tapi tak tau lah kot kalau ko gune name orang lain kan?

Ko sape nak cakap blog aku ni lawa ke tak ke? Ko yang godek-godek kod die ke? ko yang search freebies2 tu ke?

Haih... naik angin betul! Semoga kita berjumpa dia akhirat nanti... bukan nak buat apa pon, just nak tengok muka kau je! then, ko nak masuk syurga, masuklah!

Masuk syurga? Dengki ko tu dah campak kemana?

Issh! Sakit hati betulla!

Dahla... assalamualaikum

Friday, April 4, 2014

Esok (sabtu) sekolah? umph!

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera...

huhu....

ESok sekolah  :(

Habis hari cuti.... Dahlah sabtu dan ahad tu cuti yang paling dinantikan bebudak asrama macam nana ni...

Bad news:

Keluar bandar nana (bukan nana je tapi semua pelajar SESERI) kene tarik :(

ummmm....

Tak boleh nak outing dengan kawan! Spoil betul!

Sebabnye? huh, itu rahsia....

Harini nana happy je sepanjang hari... NAna pun tak taulah kenapa tapi baguslah kan? haha...

Okaylah tu je kot... Ada pepe nanti jelah nana tambah... Bye!

*nak buang mende yang tak patut kat blog ni....huhu

Thursday, April 3, 2014

Sudahlah!

Assalamualaikum!

Selamat sejahtera!

Huh!

Nana dah fed up! Diberi harapan palsu lagi!

Pasal apa lagi kalau bukan bola jaring tu... Sedih laaa....

Dahlah!

And now!

Nana dah fed up! Frust tak terpilih haritu tak hilang lagi, ditambah pulak dengan diberi harapan palsu macam ni!

Tak pelah!

Nana REDO!

Nampaknya, waktu PJ jelah waktu untuk nana bermain! So, Nana akan main sungguh-sungguh!

Tu je! 

Melepaskan geram jap *sengal 

Huhu... BUbye! 

nota kaki: PJ= pendidikan jasmani...

Dah pukul 5.42 dah? 6.15 ptg dah nak masuk dm... makan malam......

Menu? Tak pulak nana ingat tapi minum petang tadi : BURGER! : D ... haha... nampak tak kegirangan disitu? itu je le kot makanan segera dekat sini...

Maggie? HARAM! lol.... tak boleh bawak je.. bukannya haram memakannya... hehe..

Dahla... sempat pulak melalut.. padahal dah cakap bye! Lagi sekalilah,

BYE!!!

Wednesday, April 2, 2014

Nana nak jadi pemain bola jaring!!!!

Assalamualaikum!

Hui hui!!! Hehe...

Hummm... doakanlah nana supaya nana dapat menjadi sebahagian pemain bola jaring... Sebagai pemain simpanan pun jadilah!

Becoz, Nana suka sangat sangat sangat main bola jaring!

Apa yang speselnye bola jaring sampai nana suka sangat sangat sangat, entahlah but Nana memang suka sangat.

Sebelum ni nana ada pergi untuk pemilihan tapi tak terpilih... Nana dah bagi full commmitment tapi nana tak sehebat kengkawan nana yang lain tu.... hmmmm...

tapi malam tadi depe panggil balik nana sebab tak cukup player tapi nana kene lah tunjukkan yang nana boleh main!

Kengkawan kelas nana sume tak percaya yang nana tak terpilih untuk mian bole jaring, sebab depe kate nana hebat! Oh, kengkawan yang nana sayangi, sehebat mana pun saya hebat lagi depe yang terpilih. Apepun, petang ni nana akan buat yang terbaik! Doakan nana!

Kalau ikutkan harini nana nak buat puasa sunat tapi dah kene turun padang untuk main netballl pulak, :(/ .. Na otttokhae?!

OKaylah tu je... Nana baru balik dari sekolah, tengah duduk lepak dalam dorm sementara tunggu azan Zohor... Lepasni prep, lepastu main netball... Tetibe rase takut pulak!

Nervous, neves, neves!!!!

Doakan nana!

Dan nana harap depe tak bagi harapan palsu dekat nana. tolonglah, nana berharap sangat!

Okaylah tu je!

nota kaki : tak de pe pun.. hehe *sengal!

Bye!

mengapakah???

Assalamualaikum!

Sedih ni... sedih ni...

Nak tau sebab apa?

Sebab, makin hari makin berkurang pulak jumlah follower tu....

Nana ada buat salah apa-apa ke? Hemmm... 

Kalau ada, sarilah... NAna pun tak sedar Nana dah buat salah... 

Disebabkan tu, Nana dah buat blog baru... blog yang ni umpama diari nana je... Tak de dah perkongsian bla bla bla...

Kalau rajin mailah jenguk, tapi tak banyak entry lagi lah...

Klik sini....

Tu je, Bye!

Monday, March 24, 2014

Pasar malam

Cehhh... nampak sangat kemaruk nak update entry lepas beberape minggu blog ni 'bersarang'...

Ni baru balik daripada pasar malam... Hummm... Dah tak best nak update entry sebab intenet sangatlah 'laju' ...  :(

Tak de cite apepon cume, tadi berselisih dengan kawan lama... namanya Naim.....

Dia siap panggil lagi nama I untuk pastikan I ni ialah orangnya. Tapi tak toleh pun, terus je berjalan, paham paham je lah situasi dekat pasar malam... Berhimpit-himpit dengan orang... Bau perfume, bau ketiak, sume bau ada...

Teringat pulak pernah mintak tolong dia tanyakan 'ex-crush' nana dapat berapa dalam PMR taon lepas... 

Malu pun ada...

Tapi kan, si Naim tu skunk ni dah jadi ustaz... Segan pulak saya yang tutup aurat pun tak brape nak betol lagi... Hehe...

Alang-alang tu kan, nak cite skali lah pasal 'ex-crush' nana tu...

Nama die, Haziq tapi dia dah pindah sekolah dan rumah awal tahun 2010 waktu nana darjah 6. Bila dikenangkan balik, malu gile!

Nana start suka dekat dia, waktu darjah 4 kot... entahlah.. nana pun dah lupe... Tapi apabila nana hanya bertepuk sebelah tangan tu yang, tak jadilah nak suke dekat die....

Tapi ada one time tu,si Naim tu cakap die suke dekat nana tapi nana tak percaye takot yang si Haziq ni minat nana laen so, ..... hummm... bebudak lagi mase tu... mentah sangat lagi pun...

Sekarang ni si haziq tu dah sombong... sombong? entahla nanan pun tak berani nak tego die.. tu lah takot tidak berbalas... Kan malu?

Disebabkan nana tahu yang hanya orang yang tak kenal nana ni siapa sebenarnya, so nana nak buat pesanan la sikit kat si Haziq ni... walaupun tidak akan dibaca...

Dear Haziq,

Ingat tak waktu ko terbaca coretan aku kat komputer ni, pasal lelaki-lelaki yang aku pernah suka? Aku tak perasan ko baca, tapi nasib baik lepas tu aku perasan, terus aku tutup screen komputer...

Mesti ko terbaca nama ko pon ada sekali dalam tu...

Hehe... Malu lak bila aku kenangkan balik... sedar tak sedar, dah form 4 dah kita sekarang kan?

Takdelah aku still suke ko skarang ni, tapi kenangan waktu zaman bebudak dengan ko still ada dengan aku...

Ingat tak kita main batu seremban? Haa... kan aku dah tersenyum skunk ni...

Mestilah ko dah tak ingat aku kan? of course lah ko just ingat budak-budak yang penah couple dengan ko jerk... Huhu... 

Tu je lah... Kalau, manalah tau kalau ko rase ko lah haziq yang dimaksudkan aku, 

Tegolah aku...  harap kita boleh jadi kawan... Sama2 kenang balik zaman bebudak dulu... :)

And one more thung kalau kau ialah haziq yang aku maksudkan, kerem salam kat Cik Zura....

Dahla tu je... Bye!


Pulang sudaa

Assalamualaikum...

Haaaa....

Dah balik dah budak perasan comel kuat mengarut nieyhh..

Hihi..

Entry kali ni, just omong-omong kosong aja....

Almaklumlah budak baru pulang asrama....

Tapi kan, tapi kan.....

Yeay!!!  Lepas ni boleh update entry tiap-tiap hari sebab asrama Nana boleh bawak laptop!

Ada nampak tak betapa girangnya saya disitu?

Dahtu, laptop baru pulak tu.... HAaaaaaaa....

Nana suka! Nana suka!

Lawa tak header + background baru Nana? Kalau comel dan alwa bagitau! bagitau! 

Eh, NAna ada buat blog tutorial tau! Meh sini...

Tapi..............  entry dia tak banyak laa... Baru SATU... hehe...

Payah jugak rupanya nak buad tutorial bla bla ni... 

Saja je NAna nak trey buad manalah tau kot kot cepat sikit Nana ni famous... huhu...

Kuat betul aku ni berangan!

NAna cuti seminggu jerk! Tapi tak pee, lepasni tiap tiap hari boleh update entry... 

Nak nak lagi cite pasal kerenah-kerenah ragam kehidupan di asrama....

Kan?

SElalunya yang Nana baca kat 'paper', antara  blog-blog yang famous adalah blog yang berkongsi cerita ragam kehidupan di asrama...

SApa tau kan? KOt kot I boleh jadi famous cam.........




ke?

Sesape jelah!

Hoiiii!!!! Kuat betul aku meroyan! Hihi...

Okaylah... Tu je, coretan kali ni... Bubye!

Sunday, February 2, 2014

Bebudak la ni...

Assalamualaikum!

Pe hal pulak dengan bebudak la ni nieyh?!

*ni mesti dok kopi dan pasta orang punye entry ni....

Hehehe... Hahaha...

Tau tak pa! Macam besalah klau NAna ni dah start blogfollowing ...

Mangsa kalini ialah tunang orang!

Omo! Sis, jangan marah eh... Hehe...

Kalini orang lelaki pulak... HAha... 

Cam besalah ayat Nana..

Pi lawat blog dia nohh! Entry dia memang seriusly best...

Sis [tunang dia] pon lawa orangnya... Haha.. Dah mula melalut!

------------>  Fikri Karim

Tengok gamba yang Nana cilok dari blog dia...

Nilerr realiti bebudak la nii...











Dahsyat kan? *Tunduk  geleng kepale le...

Haha.. Pepon pi lerr lawat blog dia nohh....

Latest entry die, die promote kedai makan pe ntah... 

Yang tu, NAna tak berapa nak pekenan sangat sbb Nana bukan pegemar tegar Nasi kandaq!

Ha, sapa yang suka nasi kandaq tu silakan pi lawat blog diaaa....

Oklah... tadaaa..... Bubye!


credit : Fikri

Friend ???

Assalamualaikum...

Banyak betul yang NAna coret memalam nieyhh...

Tapi macam besalah, dok kopi dan pasta orang punye entry jer... tapi bukan kopi kosong, kopi siap tolong promote kan lagi...

Entry dia menarik, so memang patut dipromote...

Kalini pasal kawan pulak... 

Siapa pulaklah yang entrynya dicuri Nana? Hhe...

Bebanyakkan pi lawat blog dia nohhh...

---------->  Ai Syah

:: A friend in need is a friend indeed ::

Dulu-dulu sokmo dengar ayat ni . A friend in need is a friend indeed . Tambah-tambah waktu kat asrama dulu , memang hidup dikelilingi kawan-kawan je kan . Banyak la madah-madah pujangga tentang friendship ni yang akan didengari . Tapi waktu tu aku tak faham pun apa maksud ayat ni , sebab ? Sebab english aku suam-suam kuku je . haha . Nak terjemah ayat english ke suatu kefahaman memang makan masa la . huhu . 

Tapi sekarang dah faham dah . Maksudnya , kawan yang ada saat kita memerlukan adalah kawan yang sebenar .

Btw , semalam waktu aku tengah mencari-cari talk dari Mufti Ismail Menk , terjumpa talk pasal tajuk ni . "A friend in need is a friend indeed" .



Nah aku share untuk korang dengar . Nice . Aku suka dengar dia bagi talk . Aku suka dengar english dia . Boleh la bantu aku nak polish english ni selain tambah-tambah makanan rohani kan? . =3 .

Kadang-kadang kita seringkali mempersoalkan :-

"..kawan ? Macam tu ke kawan , saat aku susah kau takde pun ... " 
"Kawan waktu senang ramai la , kawan waktu susah ni mungkin 1 dalam 1000 " 
"Waktu kita tengah sedih-sedih ni , kawan semua menghilang , mana diorang ? "

Tak dinafikan betul ada nya kes-kes seperti ni , tapi untuk entry ni aku tak nak ajak korang benci kawan sendiri . Tokse sokmo tengok salahnya orang . Moh kita perbaiki diri sendiri .

Okeyh berbalik pada tajuk , sometimes senang je kita nak lemparkan salah pada orang lain , kan ? Waktu kita susah , tengah mood-mood air mata , mula lah semua benda jadi tak betul and impact nya sometimes kena pada kawan sendiri .

Sebelum kita judge orang , selami diri , cermin diri , tengok diri kita macam mana . Pernah tak kita hilang saat kawan kita memerlukan kita ? Pernah kita bagi pertolongan bila kawan-kawan kita minta tolong ? Macam mana reaction kita ketika kawan kita susah ? Apa peranan kita sebagai seorang sahabat ?

Muhasabah diri sendiri . Selam masuk ke dasar hati yang paling halus . Aicehh~~ =P .
You'll get what you give .
Itu janji Allah . Dia akan balas di setiap perbuatan kita , baik di balas baik dan vice versa , cuma masa dan ketika balasan tu kita tak dapat nak expect . Yang pasti akan muncul pada waktu yang tepat . 

Pepatah melayu cakap :-
Buat baik dibalas baik .
Ayah aku cakap .
Hidup ni seperti roda . Apa yang kita buat hari ni akan berbalik pada kita pada hari esok .
That's all . Kalau nak ulas bab-bab friendship ni memang sangat panjang .  Renung-renungkan dan selamat beramal . Ayoh jadi kawan yang baik untuk mendapatkan kawan yang baik .

. Friendship . Ukhwah . Brotherhood . Sisterhood . Sweet . 

Ukhwah fillah . <3 .

Ha, Bagus kan entry dia? Ramai tau yang komen.... Ai Syah tu pun ramah... Suka visit blog die...

Okeylah tu je... Mata dah terulang alik dengan tv! Macam best je cite malam ni..

Tajuk die ROMEO MUST DIE...

Sapa ad tengok? Sep sikit!

Bye!

credit : Ai Syah

#sori width die tak berape btoi sikit sbb Nana kopi dan pasta... And sbb Nana malas nak godek pebetoikan dia... Sori sesangat tau!

Sabar ???

Asalamualaikum!

Haa... entry el-arifah kite ni pun sedikit sebanyak tolong Nana CALM sikit dan 

teruskan berblogging seperti biasaaaa.... Pasai apa yang NAna dok ngamuk sakan [sian dekat blog yang jadi mangsa] ... tu biarlah...

Dah namanya manusia, lama-lama dia akan gigit lidah sendiri jugak kan? Dia akan rasa bersalah jugak!

Kita doakan yang terbaik jelerr...

Bukan Nana buat dek je dan mengaku kalah, cume....

Nana rasa sebenarnya orang yang dapat bersabar tulah sebenarnya PEMENANG, kan?

Oleh tu, alang-alang Nana share sikit entry si comel ni yang membantu Nana BERSABAR sedikit sebanyak...

OKay... Cam biaslah.. kopi dan pasta je lerrr pe bende yg dicoretnye...

bismillah


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.


Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
 

Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya"sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.





Bagus betul kan apa yang dicoretnye? Ada lagi tau!

Kalini pasal berblogging pulak!

_______________________________________________________



Hei sape yang cakap berblogging ni buang masa T_T ayoyo teruknya sape yang ckp ni. Awak cakap buang masa sebab awak tak tau apa kelebihan ada blog ni :) Ok la saya boleh bagi banyak sebab kenapa berblogging itu ada banyak kelebihan.


1. Boleh Buat Duit

Ok yang ini memang betul. Anda boleh buat duit hanya berblogging. Cuba bayangkan awak buat blog untuk fun2 tiba2 dapat duit :o ? Tak happy ke? Saya baru dapat income baru daripada Encik Nuffnang tau :3 tehehehe Macam mana? awak buat blog pastu daftar dengan Nuffnang.Tapy dengan syarat awak kena minat blogging dulu baru fikir duit :)

2. Awak Boleh Kutuk Orang / Gossip

Yang ini saya tak syorkan sangat ye :) Sebab awak nak kutuk orang tu boleh tapy as long as tak pasal PolitikSebab Nuffnang tak suka kita buat apa2 entri pasal politik, jika anda mempunyai Status Glitterati, mungkin awak punya status tu akan ditarik balik.

3. Mengeratkan Silaturahim Antara Blog Awak Dengan Blog Orang Lain.

Yang ini memang betul, sebab bila awal2 berblogging dulu tak tau macam mana sebab rasa blog saya ini mcm tak wujud. Pastu saya ikhtiar saya lawat blog orang lain dan komen. Pastu beberapa jam kemudian blog anda akan dapat follower baru :) dan kemudian kalau anda bernasib baik, rakan blog awak akan sentiasa baca blog awak.

4. Dapat Luaskan Kosa Kata A.k.a Sel-Sel Otak Akan Berkembang

Yang ini depends pada people, kalau awak selalu update blog, saya cakap awak memang awesome sebab bukan semua para blogger mampu menghasilkan banyak entry pada 1 hari. Bila awak selalu update entri awak akan rasa satu nikmat yang sangat seronok dan bila ada orang komen pada entry awak itu yang paling best.

5. Dapat Berkongsi Aktiviti / Tips 

Melalui blog juga, kita dapat berkongsi serta mengutarakan apa2 sahaja tips2 kecantikan ke atau kesihatan kita kepada pembaca. :) Kalau tips2 awak tu berkesan confirm blog awak cepat je naik ( Popular ).  :)

 Ok la, kalau awak still cakap blog ini tak berfaedah awak kena la buat blog dulu dan join Nuffnangsebab baru awak tahu apa yang bestnya. Dengan 5 sebab di atas hope dapat dihilangkan perasaan yang mengatakan blog ini buang masa k.

Menarik kan? So, apa lagi.. Jom kite serbu ramai-ramai ke...


Blog die pon comel-comel gituuu.....

Jangan lupe mlawat dia tau!

Chau lu! Gotcha! See again!

*banyak pulak kali ni dia melalut, selalunye 'bye' je... hehe

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...