Tuesday, January 21, 2014

Mini novel #1 : SMILE :)

Aku hanya mampu tersenyum melihat si dia bersanding di atas pelamin itu. Pelamin yang sepatutnya ada aku disebelahnya.Mata kami bertaut buat seketika. Aku sekadar tersenyum tipis walaupun anak matanya cepat-cepat melirik ke arah lain.Majlis pernikahan aku dan dia sepatutnya akan berlangsung lagi seminggu yang juga bermaksud genap setahun kami bertunang dan genap tiga tahun kami bercinta.


Kami putus dalam masa lagi tiga minggu kami akan disatukan. Harini, dia sudah menjadi milik gadis itu, aku? Apa akan terjadi pada aku? Adakah aku akan bersanding seorang diri di atas pelamin pada minggu hadapan? Mak dan ayah masing-masing kusut memikirkan, siap mahu membunuh Que lagi. Aku pula hanya mampu tersenyum sedangkan dalam diri ni, sudah tak terdaya untuk bernafas. Setiap kali berseorangan, apa yang aku mampu lakukan ialah termenung mengenangkan nasib badan.


Aku meletakkan hadiah yang berbalut kemas iaitu hadiah pertama yang pernah dia berikan kepada aku dia atas meja hadiah. Rantai berloket itu bukan milik aku tapi sepatutnya milik gadis itu. Sepotong ayat ‘Congratulations,Que and Syasya’ ku coretkan di atas sekeping kad kecil dan kuselitkan di hadiah itu. Kaki aku mula melangkah ke arah luar hotel, meninggalkan segala duka yang telah dia beri. Thanks for everything,Que.


 


Aku dipimpin masuk ke dalam masjid oleh kawan baikku,Yuna. Majlis pernikahanku tetap berlangsung walaupun bakal suamiku bukanlah orang yang namanya tertulis di kad undangan.Aku sendiri tidak mengenalinya, namanya pun tidak kutahu. Yang aku tahu, kami terpaksa berkahwin disebabkan Que yang..... Biarlah, aku sendiri merelakannya dan tidak mahu mengingatinya lagi.


Ikhlaskah dia untuk menjadi ‘pak sanggup’? Entah berapa lamalah pernikahan aku ni, sebulan? Dua bulan? Cepat sungguh aku bakal memegang gelaran ‘janda’, gelaran yang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku.


Tapi, yang aku pasti, kisah aku  ni seolah-olah dalam novel pula. Selalunya kisah didalam novel berakhir dengan penghujung yang gembira, dapatkah aku penghujung kisah yang sedemikian juga?


Sebaik je akad nikah dilafazkan, dia seolah-olah ikhlas menikahi aku, rupanya tidak! Apabila terlepas dari pandangan orang lain je, segara dia melepaskan tangan aku. Ah, aku tidak boleh kalah! Dia yang memulakan perang ini, dia perlu menghadapi perang ini. Jangan ingat aku perempuan lembik kerana hanya tersenyum melihat tunang berada di atas pelamin dengan gadis lain. Encik Harris Iskandar, you will know me soon..


“Aku rasa dua bulan cukup kot...” Katanya sambil menghempaskan badan ke atas katil. Aku hanya diam. Dua bulan? Dua bulan untuk bagi aku pegang gelaran isteri la tu kan? Ah, kisah pulak aku?


“OI... Dengar ke tak ko ni? Takkan aku nikah dengan orang pekak pulak kot?” Katanya tidak puas hati. Lantak dia cakap sorang-sorang. Aku layan mesej kawan-kawan aku lagi bagus!


“Hoi!” Panggilnya lagi.Benganglah tu sebab aku tak sahut..


“Tak.. ko tak pekak sebab tadi waktu mak panggil, ko nyahut... tak  mungkin, tak mungkin.” Katanya lagi.


Aku berpaling ke belakang dan menapak ke arahnya. Tapi aku buat ‘dek’ je dan ambil losyen yang ada dekat belakang dia. Aku bukak pintu dan keluar. Lantak pilah mamat tu nak meletus macammana pun.


Aku masuk bilik balik. Huh, semua dah tidur! Lampu ruang tamu pun dah tutup. Kacau betul!


“Eh, pesal ko masuk bilik balik?”


Hei.. mamat ni... Mulut tu ‘stop’ kejap tak boleh ke? Serabut betul! Aku keluarkan ‘toto’ dari dalam almari dan aku bentang. Tangan aku pulak laju je ambik bantal kat sebelah dia dan tangan dia pulak sedap je dok sambar tangan aku.


“Ko ni tengah cari pasal dengan aku ke apa? Hei, tak pernah lagi ada orang yang buat ‘dek’ je bila aku cakap. Ko sape nak cari pasal dengan aku?!” Bentaknya.


Genggamannya makin kuat. Boleh berbekas tangan aku macam ni!


“Lepaslah!” Kataku cuba melepaskan tangan aku. Dia melepaskan tangan aku.


“Ha.. Tahu pun takut!”


Aku menjelirkan lidah aku sedikit. Uweekk.. Takut? Eeeuuuu.. Bila aku baring je, ada pulak lembaga hitam yang peluk aku dari belakang. Ketat pulak tu!


“Balasan sebab ko buat dek je dengan aku!”


Sebagai kesimpulan, malam tu aku tak boleh langsung nak lelapkan mata sedangkan mamat sewel tu dah berdengkur halus dekat belakang aku.


 


“Ai, sikitnya kamu makan Harris? Tambahlah lagi..” Kata mak kepada mamat sewel yang duduk kat sebelah aku.


“Takpelah mak. Harris rasa kenyang pulak harini...”


“Pengantin baru biasalah tu. Asalkan buah hati ada depan mata pun dah cukup kenyang.” Sampuk ayah.


Aku hanya diam. Buah hati?


 


Aku memakai shawl ke kepalaku. Dia terus mengarah ke arah aku apabila masuk ke dalam bilik.


“Eh, ko nak pergi mana pulak ni?”


“Pergi Econsave.. beli barang dapur...” Jawabku malas.


“Pesal tak gitau aku? Cadang nak pergi sorang dirilah ni? Nak buat mak bapak ko pelik dengan status kita? Nak jatuhkan reputasi aku?”


Mak ai... Banyaknya tanda soal.


“If that what you thought of me, go on... I don’t care!” Jawabku malas nak bertekak.


“Never dreamt it..” Katanya yang mendekatkan muka kemukaku dan kemudian merentap tangan aku keluar bilik.


“Eh, Harris. Nak pergi mana dengan Dini?” Tanya mak yang tengah melayan fb.


“Pergi jalan-jalan kejap mak.” Jawabnya ringkas dan menarik aku keluar rumah.


 


Aku mendongak. Tingginya Econsave ni letak barang! Walaupun tumit 4 inci aku pakai, still lagi tak dapat capai. Kang aku melompat, patah pulak tumit ni! Aku menggaru kepala yang tak gatal. Gimana nih? Yang si mamat sewel tu pulak mana?


“Haha... Dah pakai heels pun tak sampai gak? Kesian.. Kesian..” Perli Harris dan selamba je mengusap-usap kepala aku macam aku ni anjing! Nasib tudung aku still okey! Dengan badan tinggi lampai dia tu, senang je dia tolong ambikkan barang yang aku  nak tu.


Dengan senang hatinya aku masuk ke dalam kereta. Dari tolak troli sampailah letak barang kat bonet semuanya mamat sewel tu bereskan!Eleh, nak tunjuk gentleman lah konon! Saja nak show off depan orang! Uweeekk..


“Aku nak pergi beli clothes lah.. Aku nak ko pilihkan. Sekadar nak tengok ko punya taste.”


 Eleh.. Dia ingat aku ni takde taste untuk guy fashion ke? Ke mamat ni yang tak de taste. Nak cover punya pasal, suruh aku pilihkan? Huh,lantakpilah agenda apa dia fikir pun. Kisah pulak aku?


Aku pilihkan dekat dia kemeja warna merah saga dipakai dengan slack putih. Nampak macho gitu. Lepastu aku ambik pulak kemeja warna pink lembut dan ada ‘tie’ kecil dengan shorts paras lutut warna brown.Macam comel je. And last, aku pilihkan dekat dia t-shirt kosong warna putih dengan jeans. Nampak casual sikit. Emm.. Okeylah.. Dia pun nampak puas dengan taste aku.


“Aku nak kita nampak macam sweet couple. Ko pon kene beli baju yang nak sama supaya sedondon dengan aku.”


Yelah Encik Harris oi! Aku memandang ke hadapan. Alamak nak lalu kawasan pakaian dalaman wanita pulak dah... Dan yang bagusnya, tiba-tiba mamat sewel ni berhenti melangkah. Belum sempat matanya melirik nakal ke arah pakaian-pakaian tersebut, cepat-cepat aku menutup matanya dan menariknya ke escalator!


Blaus labuh paras betis melengkung dihadapan paras lutut warna merah saga, leggings warna putih, dres labuh warna pink, trench coat warna brown, blaus sifon warna putih corak bunga besar warna pink, inner putih dan jeans.Ha.. Semuanya sesuai untuk didondonkan dengan mamat sewel ni. Asalkan muka dia nampak puas dan dia yang bayar duit untuk baju semua ni, aku tak kisah!


Aku rasa bersalah pulak. Dia terpaksa spend RM800 ringgit lebih semata-mata untuk pakaian-pakaian ni, walaupun reaksi dia seolah-seolah lapan ratus tu, lapan puluh ringgit! Dan nama pun anak tan sri kan? Ha, baru aku teringat. Aku tak tanya pun macammana anak tan sri ni boleh jadi ‘pak sanggup’ kat ayah...Nanti-nantilah. Sejak bila ayah berkawan dengan tan sri pun aku tak taulah.


Aku meletakkan beg tangan ke dalam troli dan aku pakai pulak beg tangan baru ke bahu. Tak samapai seminit aku pakai, dah ada peragut yang ragut beg aku. Harris apa lagi, dia pi kejar lah. Aku tertarik kejap. Terserlah kemachoan dia disitu! Alah! Macam hensem je.. Gaya dia lari pun, au! Baru aku sedar mamat sewel tu handsome guy!


Waktu aku tengah terpesona dengan kekacan mamat sewel tu, ada pulak peragut kedua yang ragut beg aku yang dalam troli. Huh, ko tak tahu aku sapa, peragut! Heels kanan aku cabut dan aku baling tepat ke sasaran, kepala dia. Tersungkur peragut tu cium lantai. Mujur tak jauh sangat. Aku menapak ke arahnya dan memijak belakangnya dengan kaki kiri yang masih berkasut manakala tangan aku menyarung semula heels kanan ke kaki. Aku menolak kepalanya terhantuk ke lantai sebelum merampas semula beg tangan aku! Aku? Tak de masalah nak terjerit pekik mintak tolong beg kena ragut.


Harris memandang aksi Dini tanpa celik. ‘Dahsyat jugak minah ni!’


“Cik tak apa-apa?” Sapa seseorang kepadaku sewaktu dua orang security guard menahan peragut tu.


Hensem tu hensem tapi dok hulur tangan untuk bersalam dengan aku pulak? Tak tau hukum hakam ke ape?


“Anyway... saya Zack..”


Tangannya disambut Harris. Ah, on time!


“I’m Harris while this is my wife,Sophie..” Balas Harris kepada Zack yang beriak kurang senang! Padan muka! Gila ke nak salam dengan perempuan bukan muhrim? Dan bila masa pulak nama aku Sophie?


 


“Semalam mak dah masak, harini biar along lah pulak yang masak..” Kataku tatkala keluar daripada bilik air.Mak hanya mengangguk.


Nak masak apa ye?Ha, alang-alang dalam peti ais tu ada ikan patin, aku buat ikan patin masak lemak jelah. Sedapnya!Reti ke mamat sewel tu makan masakan kampung eh? Kalau tak reti, lagi bagus! Dalam aku kenekan dia, biarlah dia belajar makan masakan kampung..


 


Aku memandang Harris berkelip-kelip. Kali ni dah masuk tiga pinggan dia makan. Ini bukannya tak reti makan masakan kampung, ni dah macam kebulur maskan kampung!Mak, ayah, Daniel,Sara dan Adam pun tercengang! Mamat ni tak makan setahun ke ape? Semalam bukan main dietnya.


“Mak, sedap betul masakan mak harini..” Pujinya.


Aku yang tengah minum air tersedak. Cepat-cepat Sara mengurut belakang aku.


“Bukan mak yang masak. Nun, Dini yang masak harini. Dia masak memang sedap sikit berbanding mak..” Kata mak..


Harris memandang pinggannya yang licin. ‘Biar betul minah ni yang masak? Gila sedap bapak! Dahla aku tibai tiga pinggan, memang kene pergi gym baliklah macam ni....’


 


Menyesal pulak akumasak sedap semalam kalau aku tahu aku jadi mangsa teman dia bersenam pagi ni.Aku tidur lama sikit pun tak boleh. Dahla tu, tak cukup dengan mendaki bukit larut, joging lima kali pusingan taman tasik pulak. Bila aku kira balik, naik tiga jam dia bersenam.


Peluh jangan cakaplah. Sayang kereta punya pasal, dia sarungkan plastik dekat seat dan dia bukak bumbung kereta.Jaga badan betul mamat ni. Agaknya abs dia ada berapa pack? Ah, sudah! Aku dah mula mengarut!


“Lupa pulak aku nak tanya. Ko beli baju semalam tu bukan untuk pakai kat rumah kan?” Tanyaku. Dia sekadar mengangguk.


“Habis tu, ko nak pakai bila baju-baju tu.. Yelah, aku tengok semalam ko macam desperate sangat nak beli baju tu..” Tanyaku lagi.


Soalan dijawab dengan jongkekan bahunya.


“Penat sangat ke berjoging sampai tak larat nak bercakap? Kalau macam tu, harini aku tak nak masaklah!”


Terkejut aku tengok dia tersentak.


“No no no... Aku nak ko masak setiap hari selama dua bulan ni..” Arahnya lagak komander yang amat tidak berwibawa.


“Dua bulan? Gaji macammana?” Aku tak tau kenapa dan macammana lawak bodoh tu boleh terkeluar dari mulut aku ni. Tapi sebenarnya, aku sedikit terkesan dengan perkataan dua bulan tu.


“Well, just say it.” Balasnya bak mamat kaya yang bongkak! Tapi, lelaki macam tulah yang aku suka! Jangan tanya kenapa, it just my taste..


 


Aku duduk di luar rumah, di longkang tiada air tepi padang dan merenung kepekatan malam. Sedar tak sedar, dah seminggu aku jadi isteri kepada Encik Harris Iskandar, yang juga bermakna tinggal lagi tujuh minggu.


Kalau mencintai suami tu memang dah jadi tanggungjawab aku, kenapa aku rasa aku makin tertarik pada dia walaupun perasaan cinta tu, aku sangat yakin ianya masih belum mahu melepaskan Que,cinta pertamaku.


Que dan Harris tak banyak pun bezanya.Kacak, Stylo, Kaya, Caring (walaupun  Harris tak pernah tunjukkan sifat yang ni terhadap aku, tapi aku nampak melalui caranya melayan adik aku). Mungkin perbezaan antara depe, ayah Que seorang dato’ manakala ayah Harris Tan Sri. Kadang-kadang lagak Harris mengingatkan aku kepada Que.


Que, apalah khabar dia kan? Kalau dulu, setiap hari mesti dia akan bertanya khabar aku dan tanpa dipinta dia akan beritahu aku dia sihat ke, demam ke, pening ke? Aku tengah rindukan dia ke ni? Tak, aku tak boleh ingat dia. Aku kene lupakan dia! Aku menyeka air mata yang luruh dan menarik nafas sedalam mungkin.


Kesedihan ni aku usir dengan senyuman. Itulah cara aku untuk menghilangkan duka. Aku berubah ke arah cara ni bila aku tertarik dengan quote yang aku baca dekat fb, it’s amazing that you could hide all emotions behind a smile. Memang kalau kita tersenyum, orang hanya akan nampak keceriaan pada kita walaupun disebaliknya sedang terluka.


Apa yang aku nampak pada Harris, dia lelaki yang ego. Kalau ye pun, tak nakkan perkahwinan ni, rasanya tak salah kot kalau dia layan aku baik-baik, macammana dia layan kawan-kawan perempuan dia.Cemburu? Untuk apa aku nak cemburu? Perkahwinan ini akan dapat bertahan selama dua bulan je.


“Buat apa ko buang masa berangan kat sini? Nasib baiklah longkang ni tak de air, kalau tak, tak nak aku ngaku ko bini aku...” Haa... Radio bergerak dah sampai!


Harris duduk di sebelah aku. Amboi, cik abang oi! Tak boleh rapat lagi ke? Macam rapat sangat je... Nasiblah ko tu laki aku, kalau tak,dah makan penangan kaki aku ni!


“You know sometimes, I tried to figure out what type of guy that you might like but I couldn’t. You are unpredictable..” Kesian cengkerik.. Elok je depe tengah buat konsert waktu aku berangan tadi, radio bergerak ni buat onar pulak kat sini..


“Well, the answer is so simple. You have the type of guy that I like although you just showed me some of it.. Yet there is one thing that you doesn’t have, a playboy style. Don’t ask me why cause I don’t have the answer my taste is like that..” Jawabku perlahan dan tenang.


“So, if you already my ideal type of guy, may I know yours?” Sambungku lagi.


“Honestly, I never thought of that. I accepted all about her, my past, the girl who I loved. But she’s my past, already became his wife so I am looking... I am always surrounded by girls who only know how to scream when thief snatched their handbags, and when I saw you last day, I felt shocked..”


Aku ketawa kecil mendengar ayatnya. Mesti dia langsung tak sangka aku seganas tu kan? Semuanya kata macam tu tambah lagi, untuk gadis bermuka lembut macam aku ni? Lembut ke? Entahlah.


“I was attracted to him when I saw him for the first time when he was riding the Yamaha R6,my favourite bike And so when he drove Mosler MT900. I like guys like that. I wish I could joined him to ride that bike after we got married, but..... as what you have said, he’s also my past. If you don’t care, I would like to tell you as a friend that I was hurt when I saw them riding the bike together..”


Aku cuba tersenyum untuk menghilangkan duka yang datang semula tapi ianya tidak menjadi.


“I’m sorry Harris. I’m just.... I’m really hurt that I couldn’t hide it anymore.. I felt lonely and I hope you can be my best friend although you are mad for being forced into this wedding. It is nobody’s fault that I can blame to.”


Aku biarkan je air mata yang jatuh membasahi pipi aku.


“Dini” Panggilnya lembut. Aku berpaling ke arahnya. Dia mengangkat tangannya seolah-olah mahu berjabat tangan dengan aku.


“I’m Harris. Will you accept me as your best friend?”


Aku tersenyum. Tangannya aku sambut.


“Yes of course..”


 


 


Setahun kemudian,


Aku menarik luggage aku keluar dari airport. Aku mendail nombor telefon Harris.


“Eh.. Ko dah gerak belum? Jangan sampai berejam-jam aku kat airport ni sudahlah!” Kataku dan duduk di atas kerusi.


“Rilekla derr.. Aku on the way ni. Lagi sepuluh minit aku sampailah!” Jawabnya.


“Yelah.. Lambat seminit, aku cas seribu!” Acahku.


“Tak kesah pun.. Caslah berapa banyak ko nak... Tunggu je kat situ.. Nanti aku sampai!” Katanya dan mematikan talian.


Aku memandang skrin telefon aku. Terpapar gambar aku dan Harris di Paris. Sampai sekarang, aku masih tak tahu apa maksud dua bulan dia yang dulu. Sedar tak sedar, perkahwinan ni dah mencecah usia setahun.


Kami seolah-olah sepasang rakan yang sangat akrab, yang langsung tak ada perasaan antara satu sama lain, walaupun aku ada perasaan tu. Tetapi dia, entahlah. Sejak malam kami rasmi jadi rakan baik tu, sejak itulah hubungan kami baik sedikit. Aku ada masalah pun, aku selalu kongsi dengan dia.


Genap tiga bulan je usia perkahwinan kiteorang, kawan aku dekat Paris mintak tolong untuk sama-sama naikkan butik dia yang hampir jatuh. Butik tu sebenarnya hasil usaha kami berdua, jadi bila aku dengar butik tu nak jatuh, aku pun turut risau. Mujurlah Harris bagi aku pergi sana. Sekali setiap bulan, dia mesti datang melawat aku dekat Paris. Sembilan bulan masa yang diambil untuk butik tu kukuh semula dan tanpa sedar dah setahun aku jadi isteri Harris.


Seseorang menampar bahu aku menyentakkan aku.


“Dari dulu sampailah sekarang, tak habis-habis perangai suka berangan ko tu kan?” Sapa radio bergerak ni sambil menarik luggage aku. Radio bergerak? Dah lama aku tak guna gelaran tu.. Cepatnya masa berlalu.


 


Aku menggeliat kecil berselit nguapan kecil sambil bergerak ke ruang tamu. Aku duduk di sebelah Harris dengan badan yang belum mandi.


“Woi.. Busuk! Pergi mandi! Aku dah lapar ni. Tunggu ko bangun untuk sarapan sekali.” Katanya sebaik je aku duduk.


“Ngantuk sangat ni.. Aku tidur lewat semalam baca novel” Kataku dan meletakkan kepala aku ke atas ribanya.


“Kalau macam tu pergi jelah sambung tidur.... Takkan ko nak sambung tidur kat sini? Dengan bunyi tv lagi..”


“Emm.. kalau aku sambung tidur kat bilik, jawabnya pukul tigalah baru aku sedar...” Jawabku dengan nada masih mengantuk. Belaian usapan dia dekat kepala aku mencepatkan aku tidur semula.


 


“Eh, ko nak ikut aku tak, ke.....” Katanya terhenti..


“Ke?” Soalku.


“Rumah bekas tunang aku.. Dia buat majlis cukur jambul anak dia harini. Dia ada ajak kita sekali.” Jawabnya.


Aku mengangguk. Bercakap pasal bekas tunang, teringat pulak aku pada Que. Yelah, setahun dah berlalu. Dah jadi bapakah dia? Aku langsung tidak mengingatinya apabila aku dan Harris rasmi jadi rakan akrab malam tu.


 


Aku memegang tangan Harris masuk ke dalam villa. Aku pakai dress labuh separas separuh betis melengkung dihadapan paras lutut dan legging putih manakala Harris pakai kemeja merah saga dan jeans putih. Harris, dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis dengan sedondonnya. Dalam rumah pun nak sedondon jugak!


“Eh Harris!” Sapa tuan punya rumah yang sedang berpelukan dengan Harris sekarang ni.


“Well... This is my wife,Dini..” Harris mengenalkan aku padanya.


Aku memandang wajah lelaki tu. Mata kami bertaut dan masing-masing tergamam. Soalan aku sudah terjawab. Dia sudah bergelar seorang bapa. Betapa kecilnya dunia, rupanya bekas tunang aku adalah suami kepada bekas tunang Harris.


“Que.... Nice to meet you again. Congratulations. You got boy or girl?” Sapaku.


“Sayang, you know him?” Tanya Harris yang terus memeluk pinggang aku. Aku dah biasa macam ni.. Harris, depan orang bukan main romatik dengan aku,Naik segan aku!


“Yes, I do know him.. He’s my........ We are collegemates..” Jawabku.


“Nice to meet you too,Dini.. Thanks and I got both...” Jawab Que. Aku tersenyum. Dah setahun aku tak dengar suara tu.


“Abang.. Kenapa tak bawa masuk Harris dan Dini?” Sapa seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi. Manakala ada seorang gadis menyerahkan seorang bayi kepada Que.


“Alaaa comeiaa... Sara, what’s his or her name?” Tanyaku sambil mengambil alih mendukung bayinya.


“This is girl,Syafa Aqira while the boy, Firash Arshad.” Jawabnya ramah. Aku tersenyum. Anak? Aku sendiri tak pasti dengan status aku dan Harris sekarang ni... Mak pun dah bagi macam-macam ubat dekat aku... Padahal aku dan Harris tak pernah terfikir pun.


 


Aku keluar dari bilik air. Walaupun tersentak tapi aku berlagak setenang mungkin.


“Ko bahagia ke dengan dia?” Soalan yang tak aku sangka akan keluar dari mulut dia.


“What ever my answer would be, it have nothing to do with you... Nothing..” Jawabku.


“Are you sure?”


“Pesal? Ko nak cakap kat aku yang ko tak bahagia ke? Siap dapat anak kembar lagi... Kalau aku bahagia ke tak ke, aku kacau hidup ko ke?”


“Yes.. I am not happy. I felt regret that I married her..”


“Regret? Unhappy? Do I care?”


Que merentap tangan aku. Aku memijak kakinya menyebabkan dia melepaskan tangan aku.


“Jawapan aku senang je Que. Yes, aku bahagia dengan dia.Takkan ko tak nampak kot? Ko ingat aku dan Harris berpura-pura? Untuk apa? Dah setahun pun kami kahwin.. Tempat ko yang sepatutnya jadi suami aku dan digantikan dia and so my heart!” Kataku dan berlari anak ke ruang tamu.


 


“Kita dinner dekat luar je lah malam ni..” Kata Harris sebaik je masuk dalam kereta selesai solat maghrib dekat surau. Aku hanya mengangguk. Kepala aku ligat memikirkan kata-kata Que. Aku Cuma bimbang kalau dia cuba bolak-balikkan hubungan aku dan Harris.


Lamunan aku terhenti bila Harris membukakan pintu kereta untuk aku. Aku menyambut huluran tangannya dan keluar dari kereta.. Aku memandang dihadapan aku dengan rasa teruja.Ada karpet merah dihadapan aku dan aku hanya mengikut langkah Harris yang memegang erat tangan aku.


Seorang lelaki berpakaian tuksedo hitam menyerahkan kepada Harris sejambak besar ros putih. Harris pula menyerahkannya kepada aku. Bila aku pandang pelik dekat Harris, dia sekadar tersenyum.


Aku duduk di kerusi menunggu Harris yang hilang entah ke mana. Sekarang aku dekat atas bukit dengan pemandangan KL yang sangat cantik, sekeliling aku dihias dengan pokok bunga ros merah dan meja makan aku, sangat romantik... Mamat ni nak buat lawak dengan aku ke?


Aku memandang Harris yang segak bertuksedo putih ada gabungan merah sedikit yang kemudiannya melutut.


“I don’t know how, but we should have done this a long time before... I had loved you since the first day we got married, the time I’m already let go of her..  Ardiani Rose, will you accept my love?”


Menitis air mata aku mendengar pengakuan tu.Aku mengambil cincin ditangannya dan kuletakkan atas meja kemudian aku mengenggam tangannya.


“Of course I will,Harris.. I had  gave my heart to you before... Of course I will,Harris.. I will!!!”


 


3 bulan kemudian,


“Tahniah, puan mengandung!”


Aku keluar dari lif. Tak sabar rasanya nak bagitau Harris berita gembira ni.Satu benda je aku risau sekarang ni, Que. Dia tak habis-habis menganggu hidup aku..Tapi, aku tengok dia dan Sara macam bahagia je.


Aku membuka pintu grill. Seseorang menutupnya kembali.


“Ko nak apa lagi,Que? Dah tiga bulan ko kacau aku. Sudahlah Que.Aku dah tak larat!” Kataku memandang ke arah lain.


“Aku tak bahagia,Dini.. Kita kembali macam biasa?”


“Tak bahagia? Habis, ko ingat aku bahagia bila ko putuskan pertunangan kita lagi seminggu nak kahwin?”


Que terdiam.


“Dahla Que. Anak ko pon dah masuk lima bulan.Stoplah ganggu hidup aku. Even ko tak bahagia dengan Sara pon, ko kene ingat, dia bertarung dengan nyawa dia untuk lahirkan anak-anak ko. Ko kene ingat!”


“Ada anak tak semestinya bahagia,Dini.. Please Dini.. Bagi aku peluang kedua. Aku ingat aku boleh lupakan ko dan cuba cintakan Sara, tapi aku tak boleh!Please...”


Que memegang tangan aku. Aku menyiku perutnya dan cepat-cepat bukak pintu rumah.


Aku tergamam.Harris yang berada di atas Sara yang baring cepat-cepat bangun.Senyuman sinis terukir di bibir aku tanpa dipinta.


“What is this? Bekas tunang aku terkejar-kejarkan aku dan suami aku ada dekat atas badan bekas tunang dia iaitu isteri kepada bekas tunang aku. Wow! Did anyone can translate this? Malah bekas tunang aku dan isterinya, dah ada anak, anak kembar! What is this? Cinta tiga segi?Tapi, Kita empat orang..” kataku terhenti di situ.


“Dini.. This is not as what you thought..” Kata Harris cuba mendekati aku.


“Then what? Is there any explanation why both of you are in this house alone!? And Que keeps saying he’s not happy with her.. Don’t tell me that twins are your son...Is it,Harris? Is it?” Aku melangkah ke belakang apabila langkah Harris makin mendekati aku.


Aku berpaling.Que merentap tangan aku dan secara spontan tangan aku menumbuknya hingga terkeluar darah dari hidung dia.Fikiran aku, berkecamuk! Marah, sedih, sakit hati, semuanya bercampur.. Dengan rasa yang tak dapat aku gambarkan aku mula lari ke lif..


Tak pernah dibuat orang lari dengan heels. Aku yang nak terjatuh akibat berlari dengan heels disambut Harris. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.


“Lepaslah!” Jeritku.


“Sayang.. please..listen to me.. But calm down first..”


“Calm down? After what I have saw?”


Harris memeluk belakang aku dengan erat cuba menenangkan aku. Sudahnya aku terduduk.


“Apa semua ni? Fine! I will listen to you but I don’t promise to believe it.” Kataku mengalah.


“I am trapped.. Somebody called me and said that you are fainted and you are already at home. That’s why I came back early today. I Thought it was you who lays on the sofa but it wasn’t. And that time,you opened the door..”


Aku terdiam. Harris tak pernah menipu dengan aku. Alasannya munasabah.. Air mata yang kutahan sejak tadi, aku lepaskan dalm pelukan Harris.


“You will trust me, right sayang?”Soalan Harris tidak kujawab.


“Abang.. Abang.. Ada orang saling bertikam kat dalam rumah abang..” Kata seorang budak lelaki menyentakkan aku dengan Harris. Kami saling berpandangan dan bergegas ke rumah semula.


Tapi, semuanya dah terlambat..Darah dimerata-rata.


Aku melangkah ke arah Sara yang sudah nazak ditikam.Aku mengambil kain pengalas meja dan aku cabut pisau di perutnya.


“Ya Allah, Sara.. Apa yang berlaku ni? Kenapa sampai macam ni?” Sara tersenyum dan memegang pipi aku dengan tangannya yang disaluti darah..


“Aku ingat Harris masih cintakan aku. Que langsung tak endahkan aku sekarang. Maafkan aku.. Maafkan aku.”


Aku menggenggam tangan Sarah.


“Aku maafkan ko Sara.Bertahan ye...” Aku memangku kepalanya. “Tolong telefon ambulans!” Jeritku meminta tolong jiran-jiran yang turut menyaksikan kejadian sekarang ni..


Sarah memegang tangan aku.. Aku memandangnya semula.


“Aku mintak maaf.. Aku mintak maaf..”


“Aku maafkan ko Sarah.. tolong bertahan... Ingat anak ko,Sarah!”Kataku memujuknya untuk bertahan.


“Jangan ceritakan apa yang berlaku harini pada anak aku Dini... Haaaaa...” Sara semakin nazak..


“Please Sarah... Bertahan! Ingat anak ko..” kataku lagi. Tapi, Sarah hanya tersenyum dan pergi meninggalkan dunia jua di pangkuan aku.Mendengarkan jeritan Harris, aku meletakkan Sarah ke atas lantai dan bangun mencari Harris.


“Que, letakkan pisau tu..” Pujuk Harris kepada Que yang memegang pisau yang penuh dengan darah.


“Padan muka betina tu.. Disebabkan betina tu, Dini bencikan aku!” Jawab Que..


Aku tergamam melihat pisau yang dipegang Que.


“Kenapa ko jadi macamni Que? Kenapa?Kenapa ko tergamak bunuh bini ko sendiri?!” Kataku dalam sebak.


“Dini sayang, aku dah lama rindukan ko. Aku tak bersalah dalam hal ni.. Bila dia dah bersalin baru aku tahu anak yang dia kandung tu bukan anak aku tapi anak lelaki lain.. Tadi pon, dia nak buat dengan suami Dini, Que tak nak Dini sedih sebab dia pikat suami Dini jadi Que pinjamlah pisau rumah Dini dan Que tikamlah dia banyak kali. Banyak kali.... Sepuluh kali... Nah, Que nak pulangkan pada Dini..”


Langkah aku dan Harris makin kebelakang apabila langkah Que makin mendekati.


“Kenapa Dini tak nak ambik balik pisau ni? Mesti Dini bencikan Quekan sebab Que dah jadi pembunuh? Ni semua disebabkan betina tu..”


Tiba-tiba Que naik gila dan bergerak pantas mendekati kami tapi dia ke kanan, ke arah Sarah.


“Que!” Jeritku apabila Que kembali menikam arwah Sara.


Que seolah-olah tersedar dan tangannya menggigil melepaskan pisau yang berada di tangannya. Dia memangku arwah Sarah dan menangis sendiri. Dahi Sarah dicumnya dan aku tak dapat mendengar apa yang dikatakannya.


“Abang mintak maaf Sarah... Abang mintak maaf...”


Que memeluk Sarah.Aku memeluk Harris tak sanggup melihat Que yang seolah-olah gila!


“Sarah.. tunggu abang ye.. tunggu abang..” kata-kata Que menyebabkan aku mengangkat muka dari dada Harris.


Que tersenyum ke arah aku dan Harris manakala tangannya mula mencapai pisau yang digunakannya untuk menikam Sarah.


“Aku nak pergi jaga Sarah kat sana.. Jaga Dini aku kat sini baik-baik ye...”


Dan dia terus mencucuk pisau itu ke lehernya. Aku menjerit dan memeluk Harris seerat mungkin. Ya Allah, aku berharap ini semua mimpi.


 


12 tahun kemudian,


Aku tersenyum melihat Syafa dan Firash berlari ke arah aku. Aku menyambut depe bila depe memeluk aku. Anak ketiga aku yang setahun lebih muda turut memeluk aku. Anak bongsu kembarku yang berusia tiga tahun juga memeluk aku mengikut kakak dan abangnya tanpa mengetahui apa-apa.


“Syafa dan Firash dapat 5A,mama.Papa mana?” Tanya Syafa terjenguk-jenguk mencari Harris.


“Tahniah,tahniah.. Dapat 5A ye?” Sapa seorang badut yang entah datang dari mana. Aku hanya tersenyum. Dari mata pun aku dah boleh cam.. Anak bogsu kembarku, Damia dan Adam terkedek-kedek berlari ke arah badut.


“Syafa,Firash,Hana? Tak nak pergi peluk badut tu ke?”Tanyaku.


“Tak naklah. Syaf dah besar. Mana main badut dah..” Kata Syafa sambil memeluk tubuh.


“Firash pun.”Kata Firash yang juga memeluk tubuh.


“Hana pun.” Hana juga begitu.


Damia dan adam pun peluk memeluk tubuh mengikut kakak dan abangnya. Aku tersenyum lucu.


“Amboi, dah besar ye.. Kalau macam tu, Papa bagi mama jelah Iphone 3 ni..” Kata harris disebalik pakaian badut.


“Papa?” Serentak Syafa,Firash,Hana berkata terkejut.


Adam dan Damia memandang Syafa,Firash,Hana dan kemudian memandang aku.


“Papa?” Lagi sekali Adam dan Damia mengikut perbuatan kakak dan abangnya. Aku menggeleng melihat gelagat Damia dan Adam. Dari celik je mata sampailah sekarang,kerjanya ikut je apa yang kakak dan abangnya buat.


Harris berlari ke belakang aku dan memeluk aku dari belakang. Iphone 3 sebanyak tiga biji ditayang dihadapan aku.


“Papa nak bagi mamalah henfon ni.. Sampai hati depe tak cam abang,sayang kan?” Kata Harris dengan nada merajuk.


“Papa dah janji....” Kata Syafa dan mula mengejar Harris. Begitu juga yang lain. Termasuklah si kenek dua orang tu yang terkedek-kedek berlari.


Aku bersyukur segalanya dah berakhir. Aku tak sanggup nak mengingati peristiwa hitam tu. Aku terima kenyataan bahawa Syafa dan Firash tu sebenarnya anak Harris. Aku tak sangka Que akan jadi sampai macam tu sekali.


Demi membahagiakan Que yang mandul,Sarah sanggup menggadai badan supaya dapat mengandung dan mengaku itu adalah anak Que. Que tidak tahu hakikat dia mandul.Jadi,Harris tolong Sarah dengan menggunakan kaedah IVF. Biarlah.Segalanya dah berlalu.


Aku memerhati Firash yang sudah dikepung anak-anaknya.Yang menarik perhatian aku, si kenik tu pun turut ikut sama.


“Sayang,tolong!” Jerit Harris.


Aku tergelak kecil.


 


 



2 comments:

  1. OMG! Thanks sesangat sbb bila Nana baca balik entri ni "macam hamprak je" ... hehe

    ReplyDelete

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...