Sunday, February 2, 2014

Bebudak la ni...

Assalamualaikum!

Pe hal pulak dengan bebudak la ni nieyh?!

*ni mesti dok kopi dan pasta orang punye entry ni....

Hehehe... Hahaha...

Tau tak pa! Macam besalah klau NAna ni dah start blogfollowing ...

Mangsa kalini ialah tunang orang!

Omo! Sis, jangan marah eh... Hehe...

Kalini orang lelaki pulak... HAha... 

Cam besalah ayat Nana..

Pi lawat blog dia nohh! Entry dia memang seriusly best...

Sis [tunang dia] pon lawa orangnya... Haha.. Dah mula melalut!

------------>  Fikri Karim

Tengok gamba yang Nana cilok dari blog dia...

Nilerr realiti bebudak la nii...











Dahsyat kan? *Tunduk  geleng kepale le...

Haha.. Pepon pi lerr lawat blog dia nohh....

Latest entry die, die promote kedai makan pe ntah... 

Yang tu, NAna tak berapa nak pekenan sangat sbb Nana bukan pegemar tegar Nasi kandaq!

Ha, sapa yang suka nasi kandaq tu silakan pi lawat blog diaaa....

Oklah... tadaaa..... Bubye!


credit : Fikri

Friend ???

Assalamualaikum...

Banyak betul yang NAna coret memalam nieyhh...

Tapi macam besalah, dok kopi dan pasta orang punye entry jer... tapi bukan kopi kosong, kopi siap tolong promote kan lagi...

Entry dia menarik, so memang patut dipromote...

Kalini pasal kawan pulak... 

Siapa pulaklah yang entrynya dicuri Nana? Hhe...

Bebanyakkan pi lawat blog dia nohhh...

---------->  Ai Syah

:: A friend in need is a friend indeed ::

Dulu-dulu sokmo dengar ayat ni . A friend in need is a friend indeed . Tambah-tambah waktu kat asrama dulu , memang hidup dikelilingi kawan-kawan je kan . Banyak la madah-madah pujangga tentang friendship ni yang akan didengari . Tapi waktu tu aku tak faham pun apa maksud ayat ni , sebab ? Sebab english aku suam-suam kuku je . haha . Nak terjemah ayat english ke suatu kefahaman memang makan masa la . huhu . 

Tapi sekarang dah faham dah . Maksudnya , kawan yang ada saat kita memerlukan adalah kawan yang sebenar .

Btw , semalam waktu aku tengah mencari-cari talk dari Mufti Ismail Menk , terjumpa talk pasal tajuk ni . "A friend in need is a friend indeed" .



Nah aku share untuk korang dengar . Nice . Aku suka dengar dia bagi talk . Aku suka dengar english dia . Boleh la bantu aku nak polish english ni selain tambah-tambah makanan rohani kan? . =3 .

Kadang-kadang kita seringkali mempersoalkan :-

"..kawan ? Macam tu ke kawan , saat aku susah kau takde pun ... " 
"Kawan waktu senang ramai la , kawan waktu susah ni mungkin 1 dalam 1000 " 
"Waktu kita tengah sedih-sedih ni , kawan semua menghilang , mana diorang ? "

Tak dinafikan betul ada nya kes-kes seperti ni , tapi untuk entry ni aku tak nak ajak korang benci kawan sendiri . Tokse sokmo tengok salahnya orang . Moh kita perbaiki diri sendiri .

Okeyh berbalik pada tajuk , sometimes senang je kita nak lemparkan salah pada orang lain , kan ? Waktu kita susah , tengah mood-mood air mata , mula lah semua benda jadi tak betul and impact nya sometimes kena pada kawan sendiri .

Sebelum kita judge orang , selami diri , cermin diri , tengok diri kita macam mana . Pernah tak kita hilang saat kawan kita memerlukan kita ? Pernah kita bagi pertolongan bila kawan-kawan kita minta tolong ? Macam mana reaction kita ketika kawan kita susah ? Apa peranan kita sebagai seorang sahabat ?

Muhasabah diri sendiri . Selam masuk ke dasar hati yang paling halus . Aicehh~~ =P .
You'll get what you give .
Itu janji Allah . Dia akan balas di setiap perbuatan kita , baik di balas baik dan vice versa , cuma masa dan ketika balasan tu kita tak dapat nak expect . Yang pasti akan muncul pada waktu yang tepat . 

Pepatah melayu cakap :-
Buat baik dibalas baik .
Ayah aku cakap .
Hidup ni seperti roda . Apa yang kita buat hari ni akan berbalik pada kita pada hari esok .
That's all . Kalau nak ulas bab-bab friendship ni memang sangat panjang .  Renung-renungkan dan selamat beramal . Ayoh jadi kawan yang baik untuk mendapatkan kawan yang baik .

. Friendship . Ukhwah . Brotherhood . Sisterhood . Sweet . 

Ukhwah fillah . <3 .

Ha, Bagus kan entry dia? Ramai tau yang komen.... Ai Syah tu pun ramah... Suka visit blog die...

Okeylah tu je... Mata dah terulang alik dengan tv! Macam best je cite malam ni..

Tajuk die ROMEO MUST DIE...

Sapa ad tengok? Sep sikit!

Bye!

credit : Ai Syah

#sori width die tak berape btoi sikit sbb Nana kopi dan pasta... And sbb Nana malas nak godek pebetoikan dia... Sori sesangat tau!

Sabar ???

Asalamualaikum!

Haa... entry el-arifah kite ni pun sedikit sebanyak tolong Nana CALM sikit dan 

teruskan berblogging seperti biasaaaa.... Pasai apa yang NAna dok ngamuk sakan [sian dekat blog yang jadi mangsa] ... tu biarlah...

Dah namanya manusia, lama-lama dia akan gigit lidah sendiri jugak kan? Dia akan rasa bersalah jugak!

Kita doakan yang terbaik jelerr...

Bukan Nana buat dek je dan mengaku kalah, cume....

Nana rasa sebenarnya orang yang dapat bersabar tulah sebenarnya PEMENANG, kan?

Oleh tu, alang-alang Nana share sikit entry si comel ni yang membantu Nana BERSABAR sedikit sebanyak...

OKay... Cam biaslah.. kopi dan pasta je lerrr pe bende yg dicoretnye...

bismillah


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.

Kedua:
 
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
 
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

Ketiga:
 
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.

 
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

Keempat:Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.


Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
 

Sabar ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya"sabar" menjadi salah satu daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.





Bagus betul kan apa yang dicoretnye? Ada lagi tau!

Kalini pasal berblogging pulak!

_______________________________________________________



Hei sape yang cakap berblogging ni buang masa T_T ayoyo teruknya sape yang ckp ni. Awak cakap buang masa sebab awak tak tau apa kelebihan ada blog ni :) Ok la saya boleh bagi banyak sebab kenapa berblogging itu ada banyak kelebihan.


1. Boleh Buat Duit

Ok yang ini memang betul. Anda boleh buat duit hanya berblogging. Cuba bayangkan awak buat blog untuk fun2 tiba2 dapat duit :o ? Tak happy ke? Saya baru dapat income baru daripada Encik Nuffnang tau :3 tehehehe Macam mana? awak buat blog pastu daftar dengan Nuffnang.Tapy dengan syarat awak kena minat blogging dulu baru fikir duit :)

2. Awak Boleh Kutuk Orang / Gossip

Yang ini saya tak syorkan sangat ye :) Sebab awak nak kutuk orang tu boleh tapy as long as tak pasal PolitikSebab Nuffnang tak suka kita buat apa2 entri pasal politik, jika anda mempunyai Status Glitterati, mungkin awak punya status tu akan ditarik balik.

3. Mengeratkan Silaturahim Antara Blog Awak Dengan Blog Orang Lain.

Yang ini memang betul, sebab bila awal2 berblogging dulu tak tau macam mana sebab rasa blog saya ini mcm tak wujud. Pastu saya ikhtiar saya lawat blog orang lain dan komen. Pastu beberapa jam kemudian blog anda akan dapat follower baru :) dan kemudian kalau anda bernasib baik, rakan blog awak akan sentiasa baca blog awak.

4. Dapat Luaskan Kosa Kata A.k.a Sel-Sel Otak Akan Berkembang

Yang ini depends pada people, kalau awak selalu update blog, saya cakap awak memang awesome sebab bukan semua para blogger mampu menghasilkan banyak entry pada 1 hari. Bila awak selalu update entri awak akan rasa satu nikmat yang sangat seronok dan bila ada orang komen pada entry awak itu yang paling best.

5. Dapat Berkongsi Aktiviti / Tips 

Melalui blog juga, kita dapat berkongsi serta mengutarakan apa2 sahaja tips2 kecantikan ke atau kesihatan kita kepada pembaca. :) Kalau tips2 awak tu berkesan confirm blog awak cepat je naik ( Popular ).  :)

 Ok la, kalau awak still cakap blog ini tak berfaedah awak kena la buat blog dulu dan join Nuffnangsebab baru awak tahu apa yang bestnya. Dengan 5 sebab di atas hope dapat dihilangkan perasaan yang mengatakan blog ini buang masa k.

Menarik kan? So, apa lagi.. Jom kite serbu ramai-ramai ke...


Blog die pon comel-comel gituuu.....

Jangan lupe mlawat dia tau!

Chau lu! Gotcha! See again!

*banyak pulak kali ni dia melalut, selalunye 'bye' je... hehe

Dah okey ?!

Assalamualaikum...

Wah...wah... Dah balik dah budak perasan baguiihh ni... *macam ada orang kesah jerk!

Hehe...

Bab pasal apa Nana mengamuk sakan ni, biarlah.... Memaafkan lebih bagus kan? 

Bukan Nana buat dek je bende ni tapi Nana ambik inisiatif  BERSABAR ...

Kalau bende ni terjadi lagi, takpelah! Dah nama pun manusia, lama-lama dia kan rasa bersalah gak?

Betul tak?

So, pasal apa Nana mengamuk sakan, biarlah rahsia..

Tapi, kan...

Thanks sangat sebab orang-orang yang sudi komen cukup prihatin dekat Nana lah yang menyebabkan Nana kembali 'okey' sekarang ni... Thanks sesangat.. Love you all!

Credits untuk sayangs yang bagi Nana semangat..

Takdelah terus terusan blog ni jadi mangsa amukan Nana... Hehe

1 . Sis KIera

2. Bella

3.Cik Nadyya

4. Si Gadis Purple

5. El-arifah

Ha... blogfollowingle depe ni tau! See, betapa prihatinnye depe dekat Nana...

Entah-entah depe jugak yang akan tolong bagi semangat dekat korang yang tengah UPSET ke ape ke kan?

So, tak rugi pon kalau korang beramah-ramah dengan depe ni...

Jangan lupe lawat depe tau!

Bye!




Saturday, February 1, 2014

Mintak Maaf!

Assalamualaikum!


SILA BACA AYAT BERGERAK DI ATAS 

EXCHANGE LINK!!

Nana nak mintak maaf sesangat... Utk beberapa harini, Nana akan x aktif bloggging... Bila mood Nana dah okey Nanti, baru Nana blogfollowing, share entri, tweet entri and blalalala... 

*ada manusia blogger cari pasal dengan NAna! Benci!

bYE!

Peringatan buat Nana

Assalamualaikum...

Ha?! Peringatan?! peringatan buat Nana?!

A'alah, peringatan untuk diri sendiri pun nak buat entry.... OVER lah tu....

Haip!! Ini bukan je peringatan untuk NAna sorang jerk tapi untuk semua insan yang bergelar umat islam [muslim]....

Thanks to isma ,

 dia yang buat entry ni dan mengingatkan Nana pada baginda, kekasih yang dirindui.....

Pepon, baca dulu apa yang Nana kopi dan pasta dari blog dia ni, okay!

Sebelum tu selawat dulu ke atas baginda Rasulullah S.A.W ye..

Kekasih yang dirindui

Assalamualaikum,Insha-Allah sempena bulan Rabiulawwal, so saya just nak share about our Nabi Muhammad SAW.Pagi tadi ada ceramah bertajuk "Qudwatul Hasanah" melalui siaran langsung di Surau Al Ansori yang tersergam indah :') "ayatt"
Allah selawat dan salam atas junjungan
Penghulu,Kekasihku
Pengubat Hatiku
Jasadku dan
Rohaniku

Penghulu Para Rasul
Muhammad Ibni Abdillah
Jurjur dipercayaai dan atas keluarga dan sahabat
sekaliannya.

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


Sejauh Manakah Kita Mengenali Nabi Muhammad SAW?

Biodata Nabi Muhammad SAW
NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka’ab bin bin Lu’ai bin Ghalib bin
Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma’ad bin Adnan.
TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
NAMA IBU          : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
PENGASUH PERTAMA                 : Barakah al-Habsiyah.
NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
NAMA IBU SUSUAN KEDUA      : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
GELARAN  DIBERI                        : Al-Amin atau yang dipercayai.
NAMA ISTERI PERTAMA             : Siti Khadijah Khuwailid.
NAMA ISTERI- ISTERI NABI SELAIN KHADIJAH :
Saudah binti Zam’ah
Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah binti Abu Sufyan
Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab binti Jahsy Maimunah Binti Harith
Safiyah binti Huyai bin Akhtab
Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK NABI MUHAMMAD                            :
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra’
UMUR KETIKA BERKAHWIN     : 25 tahun.
NAMA DATUK                                  : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
NAMA BAPA SAUDARA                : Abu Talib.
UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.
MULA MENERIMA WAHYU                                  : 610 Masihi.
BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI                    : 3 tahun.
BERDAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN : 10 tahun.
TARIKH HIJRAH KE MADINAH                           : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah SAW ketika berusia 53
tahun / 624 Masihi.
TARIKH WAFAT               : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.
DIMAKAMKAN                 : Madinah Al-Munawarah
Peninggalan Rasulullah SAW seperti serban, kasut, kesan tapak kaki dan baju


Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab (33): 21) : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.”

Para sahabat Nabi pernah bertanyakan kepada Saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran”.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kita terhadap baginda Rasullulah SAW. Dengan itu, mari kita perbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘role model’ yang merupakan satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita sebagai umat Islam.  Renung-renungkan sejenak…
Credit : Bicara Santai :')

Amacam?

 Hehe, Kita, manusia perlu saling mengingati kan?

Apepon, lawatlah blog tuan punya bicara.... Okay?

Bye!

*promote blog orang lagi... buat tebiat betul! 

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...