Saturday, July 19, 2014

Short story : KERANA AKU MENCINTAIMU I

Aku mencuri-curi memandang pekerja bernama Qashfi Raiqal tu. Hensem dia, bapak ah! Single pulak tu. Tengok tu, dia mengusap rambut dia ke belakang pulak. Hoi, boleh pengsan aku macamni. Tengok tu lagi, dia menggeliat kecil. Hesy, kalau macam ni masuk ICU aku buat setahun dua.
Aku memandang semula rak ubat gigi ni bila dia pandang aku. “Dila,jagakan kaunter boleh? Saya nak pergi toilet kejap.” Pintanya tersenyum. Aku berpaling dan memang terkejut beruklah aku tengok dia dekat sebelah aku. Aku rasa tadi dia cakap dengan aku waktu dia masih dekat kaunter. “O.o.okey..” Balasku.
Tergagap tu disebabkan hati aku yang sentiasa berdegup kencang bila dia berhampiran dengan aku. Dia tersenyum manis buat aku. Aku pula terus memandang ke arah lain. Dalam hati, aku mengutuk diri sendiri sebab tak balas senyman menawan tu.. Aku gugup.. Aku segan.. Semua ada alah kiranya.
Khayalan aku terhenti sebaik je pintu kedai 7 Eleven aku dibuka. “Selamat datang” kataku menyambut kedatangan pelanggan tersebut.
“Sayang..”
Terus aku menarik nafas sedalam mungkin. Datang dah makhluk Allah si sengal ni...  “Kenapa sayang nak jugak kerja dekat sini? Buang masa je... I ada banyak duitlah, you tak perlu kerja dekat sini.. ‘Better’ you spend masa dengan I.. We can go shopping, tengok wayang, main ice ski, macam-macam lagilah sementara tunggu our spm result..”
Aku buat dengar tak dengar je mamat ni membebel. Inilah Adam, tunang aku. Jangan salah faham, ini semua perancanagan keluarga kami. Kalau ikutkan keluarga aku taklah kaya mana tapi entahlah macammana keluarga kaya mamat ni dengan keluarga orang sederhana macam aku ni boleh kenal. Dahla tu siapa paksa anak kahwin sesama sendiri pulak tu.
Dan mamat ni lagi sorang. Aku tak nampak mana cantiknya aku sampai dia yang tak sabar-sabar sangat nak kahwin dengan aku. Aku rasa ramai je kawan perempuan dia yang kaya-kaya, yang cantik macam supermodel yang nakkan dia tapi entahlah kenapa mamat ni pandang aku jugak.
“Sayang? You dengar tak apa I cakap ni?”
Aku terus duduk. Malas aku nak melayan mamat sengal ni. Sakit jiwa aku je. Tapi Si Adam ni mendagu pulak dekat kaunter tu sambil merenung ke arah aku.
“Pergi baliklah Adam. Aku malas nak melayan.. Muka kau pun naik muak aku tengok.. Kat rumah aku tengok kau, dekat kampung aku tengok kau, takkan dekat tempat kerja aku ni terpaksa hadap muka kau jugak?” Keluhku.
“Baguslah biar mekar sikit hati you untuk I..”  Itulah jawapan dia yang aku dah dapat jangkakan.
“Apa yang ada dekat aku ni sampai kau hadap aku macam ni sekali? Kenapa mesti aku? Banyak lagilah perempuan yang cantik dekat luar tu yang nakkan kau.. Takkan kau tak ada pilihan hati sendiri?” Kataku lagi.
“You ada pilihan hati sendiri ke? Ada ke yang nakkan you?”
“Eh, even kau yang hensem, kaya pun hadap ngan aku apatahlagi kalau mamat yang staraf dengan aku... Dahlah pergi balik.. Tolonglah jangan kacau aku lagi. Terima kau jadi tunang pun dah cukup menyeksakan aku.. Aku dah ada pilihan sendiri..Pergilah balik” Kata aku lagi mengharap supaya Adam ni betul-betul pergi.
“Okey I akan balik only if you give me his name...” Duganya. Dia ni mencabar aku nampak?
“Fine, Qashfi Raiqal.. puas hati?” Jawapan aku menyentakkan dia sekaligus aku dan Qashfi sendiri. Sudahnya kami bertiga diam menyepi, masing-masing terkejut. Aku bukan terkejut je tapi malu! Apa aku dah mengarut ni?
Adam yang tak puas hati terus keluar dari kedai 7 eleven dan memecut laju dengan motor besar dia tu. Qashfi memandang aku tak berkelip, dan aku seolah-olah tak ada apa pernah berlaku keluar dari kaunter untuk ... entah aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ni tapi yang pasti aku kene duduk jauh dari mamat.. Jantung aku dah kencang lagi kencang dari yang sebelum ni..
Tiba-tiba tangan kanan aku dipegang menghentikan langkah aku.
“Awak betul-betul ke just nak gunakan nama saya untuk selamatkan diri awak?” Soalannya berbunyi agak tegas.
Apa aku nak jawab ni...
Dengan menarik nafas sedalam mungkin, “Dua-dua..” Jawabku perlahan. Entah dia dengar atau tak..
Dia melepaskan tangan aku perlahan-lahan. Adakah aku dah buat keputusan yang salah? Dengan hati yang hampir pecah aku berlalu, ke dalam stor untuk menyusun stok.. Dan untuk seharian tu kami langsung tak memandang sesama sendiri apatahlagi untuk menegur sapa.
Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Tangan aku pula mencari telefon bimbit aku. Ah, dah pukul tujuh pagi. Dengan menggeliat kecil aku bangun dari tidurku dan aku menapak ke ruang tamu. Aku membuka pintu rumah dan pagar. Anak patung sebesar pelukan aku angkat dan kad kecil yang terselit dengannya aku tarik.. Kenapa aku rasa macam hadiah ni bukan dari Adam, yang selalu bagi aku barang mahal..
‘Will you be my sweetheart?’ –QR-
QR.. Adakah Qashfi Raiqal?
Aku melompat kegirangan. Adakah aku dah buat keputusan yang paling tepat dalam hidup aku?
 Beberapa minggu kemudian,
Aku tersengih bila dia bayarkan aiskrim yang aku nak.. “Kongsi eh.. duit tak da ni..” Keluhnya.. Comel! Aku menggangguk laju. Siapa yang tak nak kongsi aiskrim dengan kekasih hati?
“Comot!” Dia mengelap hujung bibir aku yang comot.. Aku tersengih lagi.
“Awak, esok result SPM nak keluar.. Doakan eh?” Kataku yang kemudiannya melentokkan kepala ke bahunya.
“Of course sayang..”

“Dila, kamu termenung apa tu? Adam dah tunggu kamu tu... Cepat nanti tertinggal flight baru tahu..” Panggilan ibu menyentakkan aku yang berpaling menanti kehadiran si dia yang tak muncul-muncul.. Sejak aku kemalangan dua minggu lepas, dia terus lenyap dari hidup aku. Puas aku cari tapi tak aku jumpa.. Aku berharap sebelum aku berlepas ke UK untuk menyambung pengajianku, aku dapat melihat mukanya walaupun seketika. Tapi, hampa. Kehadirannya tetap tiada. Penantian aku sia-sia...

Itu semua cerita lima tahun lalu.. Aku memandang diri aku di cermin dengan pakaian pengantin yang tersarung di tubuhku. Hari ni aku akan bernikah dengan siapa lagi kalau bukan Adam? Aku merenung ke luar jendela melihat tetamu-tetamu yang hadir. Adakah jodoh aku dengan dia? Adakah dia akan muncul di hadapan aku semula?
Aku yang berpaling tak jadi berbuat demikian apabila aku tengok lelaki berkaca mata hitam masuk ke perkarangan rumah aku. Aku tahu, aku kenal siapa lelaki tu. Aku terus berlari ke bawah dan keluar rumah. Pandang pelik tetamu dan keluarga aku akuhiraukan. Apa yang penting ialah seseorang yang aku nampak tadi.
Langkah aku terhenti dihadapannnya. Kayu yang dipegangnya mengenai kaki aku. “Cik, maafkan saya.. Boleh tolong saya masuk ke dalam rumah? Kawan baik saya nak kahwin, saya nak dengar bakal suami dia akad nikah.. Sepatutnya pembantu saya bantu saya, tapi dia tertinggal barang dekat kereta.”
‘Kawan baik saya nak kahwin’ ?
“Cik?” Panggilan tak kusahut. Sehinggalah seorang lelaki menghampiri kami.
“Tuan, saya dah ambil dah telefon saya.. Bolehlah kita masuk ke dalam.. Tumpang lalu cik..” Dia yang nak berjalan di sebelah aku aku tahan.. Aku berjalan jauh sedikit daripada dia dan memanggil si pembantu tu datang kepada aku.
“Apa yang dah terjadi kepada tuan awak?” Tanyaku.
“Oh, nama tuan saya Qashfi Raiqal.. Tuan saya sebenarnya mendermakan matanya kepada perempuan yang dicintainya.. Dia tak dapat nak berkahwin dengan perempuan tu sebab tuan saya ada barah otak.. Dengan mendermakan mata dia kepada buah hati dia, sekali gus dia dapat pembiayaan penuh untuk kanser otak yang dialaminya..Siapa, itu saya tak pasti tapi macm tulah ceritanya.”
Tiba-tiba aku seolah-olah dilitupi kenangan lampau..
Kenapa awak buat saya macam ni Qashfi? Kenapa?! Kenapa awak bertunang dengan dia? Awak kata awak cintakan saya sorang?!
Aku mengoyak gambar tunang Qashfi dan seorang gadis. Senyuman mereka bahagia , betul betul bahagia.. Sampai hati awak cakap awak Cuma anggap saya sebagai adik awak, Qashfi?!
Saya cintakan awak, tapi rupanya ayat-ayat sweet, panggilan sayang awak terhadap saya selama ni rupanya hanya sekadar seorang abang kepada adik! Sampai hati awak!
Baiklah, biar aku buta, biar aku tak dapat tengok muka kau lagi ataupun muka Adam ataupun muka keluarga aku yang mendesak aku kahwin dengan Adam. Aku hanya akan cintakan kau sorang, Qashfi.. Kau sorang! Tangan aku terus mengambil botol berisi cuka dan aku tuangkan ke atas mata aku sebelum semuanya menjadi gelap..

“Cik, cik okey?” Teguran pembantu Qashfi menyentakkan aku. Aku terus melangkah ke arah Qashfi.. Air mata aku merembes keluar.
Aku memegang tangannya.. “Ha Aidil.. lambatnya kamu ni.. Cepatlah nanti tak sempat saya nak dengar Dila nikah..” .. katanya membuatkan aku terduduk.. “Kenapa awak seksa saya macam ni Qashfi.. Kenapa? Kenapa awak bagi mata awak pada saya? Biarlah saya buta, biarlah saya mati.. Asalkan cinta saya pada awak tersimpan buat selamanya.. Kenapa? Kenapa?” Kataku perlahan dalam tangisan.
Dia pun perlahan-lahan menjatuhkan badannya dan tangannya mengusap muka aku. Tiba-tiba dia bangun semula. “Aidil, bawa saya pergi dari sini.. sekarang juga..” Arahnya kepada pembantunya..
“Awak nak pergi mana? Kenapa awak nak pergi? Kalau awak cintakan saya, awak takkan biarkan saya berseorangan.. Kenapa?!” Jeritku.
Aku yang nak mengejar nya dihalang ibu dan ayah aku. “Qashfi!! Awak!! Please jangan tinggalkan saya sekali lagi!” Jeritku dan cuba melepaskan diri..
Aku terdiam sebaik sahaja Qashfi berpatah semula kepada aku. Pipi aku dipegangnya “Kerana aku mencintaimu..” Katanya membuat aku terdiam dan berlalu.
“Kalau awak cintakan saya, kenapa awak tak nikah dengan saya?” Soalan aku mebuatkan dia berpaling dan hanya tersenyum..

“Sayang? You okey tak ni? Bukan main jauh you termenung, entah-entah dah sampai bulan.. Anak kita Qisha dah berteriak nak minum susu mama dia..” Sapaan Adam menyentakkan aku. Aku memandang semula selendang pemberian Qashfi yang membangkitkan semula kenangan lama itu.
“You, still cannot forge...” Aku meletakkan jari petunjuk aku ke bibirnya.
“Semua tu kisah lama.. Jangan ungkit.. Dah jom.. Kesian Qisha..” Aku menarik Adam untuk bangun sekali.

‘Kerana aku mencintaimu..’ Suara itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Apa yang aku harap ialah, aku dapat bertemu dengannya suatu hari nanti dan berterima kasih..
   
P/s :  Sori sangat sebab cerita ni macam hambar sikit.. Mungkin sebagai pengenalan je dulu.. Hehe.. Nanti I akan buat KERANA AKU MENCINTAIMU II pulak.. Dan I janji yang tu akan merungkaikan segalanya.. Sori and selamat membaca! 


#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...