Saturday, August 16, 2014

Waiting For You....

Aku memberi sedikit ruang kepada penumpang yang berlari untuk masuk ke dalam lrt tapi tetap buku-buku di tangan aku dilanggarnya.. Dia terus menunduk untuk mengambil buku-buku aku.. Mata kami bertatapan sebaik je dia bangun dari bongkoknya...

Kelu. Hanya itu yang mampu aku gambarkan tika ini... Kami masing-masing dihantui kekeliruan.. ‘Announcement’ lrt sudah sampai ke KL Sentral menyentakkan aku.. Buku di bukunya aku rampas dan berlalu keluar dari tren.. Aku meletakkan tangan ke dada sambil memerhatikan tren yang berlalu pergi meninggalkan aku..

Ya Allah, mengapa mesti kau temukan kami?


Aku membuka galeri telefon aku sementara menunggu panggilan penumpang ke Perak untuk masuk ke dalam tren ETS... Aku lagi suka naik public transport sebab senang.. Tak payah nak cari parking bagai... Lagipun aku datang KL dalam masa seminggu atas urusan kerja dengan public transport je..

Dah nama pun KL, sinonim sangat dengan traffic jam.. Jadi aku ambik keputusan tinggalkan kereta dekat Ipoh dan ke sini dengan tren ETS..

Aku tersenyum melihat gambar seorang  jejaka yang satu satunya di hati aku.. Dia memang kacak, kadang-kadang aku naik rimas tengok perempuan lain yang bagi aku ‘tak tahu malu’ menjeling-jeling ke arahnya.. Siap ada yang menyengit lagi... Bikin gua panas je.. Tapi, itu semua cerita lima tahun lepas sebelum dia tinggalkan aku...

Semestilah aku marah, dia tinggalkan aku tanpa sebarang notis.. Dan paling menyakitkan hati, bila Wawa, perempuan gedik yang tergila-gilakan dia kata yang Qash lari dengan dia ke Siam dan bernikah di sana... Seminggu lepas dia tinggalkan aku, aku hampir nazak... Keluarga serta mertua aku cuba memujuknya pulang melawat aku tanpa dia tetap dengan egonya..

Kalaulah aku ‘pergi’ ketika itu,..... Agaknya apa perasaan dia eh?

Tapi, aku tetap akan tunggu dia... Biar sampai ke tua.. Biar orang melabel aku sebagai anak dara tua, sedangkan aku dah kahwin.. Kahwin muda lagi...

Qashfi Rayqal, I will wait till the end of my life... That’s my promise..

Aku memandang pula cincin di jari manis aku.. Walaupun hanya sebulan aku dan dia sempat bersama tapi kenangan tu akan sentiasa ada dalam fikiran aku.. Tiada siapa tahu di mana dia berada dan atas alasan apa yang sebenarnya dia meninggalkan aku begitu saja..

Lima tahun.. Tempoh itu cukup perit untuk aku tanggung hingga kini.. Setiap malam, aku akan berdoa agar Dia menyejukkan hati Qash untuk pulang kepada aku.. Lamunan aku tersentak apabila panggilan penumpang ke Perak kedengaran.. Aku menarik beg bagasi aku ke dalam platform.. Sebaik je duduk, tab terus aku buka.. Menghilangkan kebosanan sementara menunggu tren untuk sampai ke Ipoh.. Kalau nak tidur, habislah tudung dan makeup aku nanti...

Aku mengerling sekilas penumpang yang duduk di sebelah aku.. Alahai, jejaka la pulak! Payah ar macam gini... Tapi, takpe sebab ni mesti ‘hot guy’ ni... Bergaya semacam je aku tengok dari anak mata aku.. Perfume yang dia pakai memang menusuk hidung betul.. Tapi, kira ‘better’ lah daripada duduk sebelah... Ya Allah, pernah sekali tu aku duduk sebelah ______ ... Baunya memang ‘harum’ betul.. Memang agak terseksalah den kat sebelah tingkap ni...

Bila pekerja KTM minta tiket aku untuk disemak, barulah aku berpaling.. Tersentak aku dibuatnya... Mata kami bertaut.. Mulutnya terbuka seolah-olah ingin mengatakan sesuatu tetapi ditutupnya semula sebaik je pekerja KTM tu menyerahkan semula tiket aku kepada aku.. Aku pun setelah mengambil semula tiket, terus beralih ke arah tab...

Dia memandang cincin di jari manis aku.... Aku juga, anak mata aku mula berkeliaran ke arah tangannya.. Sebentuk cincin berukiran seperti cincin aku tersarung di jarinya.. Sekali lagi, Dia menemukan kami..

Masing-masing diam melayan perasaan sendiri.. Sebaik je tren sampai ke Ipoh, dia berlalu meninggalkan aku tanpa sepatah kata lagi.. Aku ada memanggil namanya tapi tersekat di keronkong aku..Qashfi Rayqal...


Aku melangkah keluar dari bilik stor mengambil baju pengantin yang aku rasa boleh menarik hati dia...

“Miss Alisha, how about this dress?” Tanyaku kepada wanita berusia 25 tahun ini.. Wajahnya bersih, cantik.. Rambutnya dibiarkan tanpa sebarang ikatan dan baju separas lutut tanpa lengan tersarung ke tubuhnya..

“Yeah, absolutely.. It so... wow!!”

“Abang, take a look at this!” Dia memanggil tunangnya.. Aku turut memandang ke arah lelaki yang sedang membaca surat khabar menutupi mukanya itu... Dia menutup surat khabar itu.. Aku tersentak..

“Wow... Pandai wedding planner you pilih..” Katanya memandang ke arah aku dan turut tersentak...

Dia... Dia yang aku tunggu selama ni ialah pelanggan aku sendiri? Aku bakal menguruskan perkahwinan bakal madu aku sendiri? Ya Allah, ujian jenis apa yang kauberikan terhadap hambamu ini Ya Allah?

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.. Patutlah, dia langsung tak tegur aku dalam tren tempoh hari...


Aku tersentak dari lamunan.. Air yang aku masak dah masak.. Aku meraup muka aku.. Milo ku bancuh dan aku minum sesegera mungkin... Aku melihat diri aku di cermin sebelum keluar dari rumah.. Aku rasa hari inilah dugaan yang paling berat bakal aku tempuhi.. Melihat perkahwinan bakal madu aku sendiri.. Keluarga aku tidak aku maklumkan tentang ni... Biarlah aku menanggungnya seorang diri.. Keluarga mertua? Aku pun sedang memikirkan apakah reaksi mereka kalau mereka tahu bahawa aku lah pengurus perkahwinan anak mereka, menantu mereka sendiri..

Dewan ni mula bising bila’kereta panjang’ pengantin tiba di perkarangan hotel.. Aku hanya duduk di kerusi aku.. Sebaik je pengantin melangkah masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin, aku buat-buat sibuk membaca mesej.. Perempuan mana sanggup melihatnya tanpa titisan air mata?

Aku menahan air mata seboleh mungkin.... Aku mengangkat muka sebaik kerusi di sebelah aku diduduki seseorang.. Malas aku nak berpaling.. .. Daripada orang perasan mata merah aku baik aku tak payah paling..

“Perkenalkan wedding planner kita, Amanda Qaisara...” Aku bangun dari duduk aku seperti yang telah aku lakukan sewaktu rehearsel tempoh hari...

Aku memandang ke arah pelamin.. Eh?



Apakah yang pelik? Mengapakah Amanda Qaisara berkata "eh?" sebaik melihat ke arah pelamin?? Nantikan sambungannya.... Ada sesuatu terjadi kepada Adrian kah? Atau adakah Adrian merncangkan sebuah kejutan buatnya setelah menghilang selama 5 tahun??

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...