Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Mini Novel #2 : Sayang kau pakcik kedut (1)

Adam yang sedang membeli lauk di sebuah gerai berpaling.. Sebuah motor yang sedang meluncur laju di atas jalan menarik perhatiannya.. Gadis bertudung merah itulah penunggangnya.. Tapi, belum sempat dia berbuat apa-apa, gadis itu dah lesap..
“Laju betul orang kat sini bawak motor ye mak cik..” Tanya Adam sambil menghulurkan not sepuluh ke arah mak cik si penjual..
“Eh, tak adalah.. budak-budak jantan macam biasalah bawak laju, tapi si Adel ni, entahlah.. Kita tegur dikatanya mana ada bawak laju.. tapi baik budaknya..” Terang mak cik Senah sambil menghulurkan kepada Adam bakinya..
Adam masuk ke dalam kereta.. Enjin dihidupkan.. Adel? Cantik..

Aku masuk ke dalam rumah bersama barang yang aku beli.. Badan aku hempaskan ke atas katil.. Ah, cepatnya masa berlalu! Dah nak kahwin dah aku.. Wah, rasa macam baru semalam aku masuk sekolah menengah..
Telefon yang berdering mematikan lamunan aku.. Si sewel senget.. Ahhh! Apa dia nak lagi?!
“Helo!” Sapaku kasar..
“Waalaikumussalam.. Kau dah cakap dengan m…

Mini Novel #2 :Sayang Kau Pak Cik Kedut (2)

“Adel..” Keluh Dazrin perlahan tapi dapat didengari Johanna.. Johanna memandang suaminya.. Ah, cukuplah perempuan tu dapat hati mummy dan mama, takkan hati laki aku sekali?
Dazrin yang tiba-tiba ketawa kuat menyebabkan Johanna turut memandang hadapan.. Senyuman turut terukir melihat pasangan bahagia tu sama-sama terjatuh dalam kolam renang..
“Jomlah sayang.. Kesian diorang..” Dazrin menarik isterinya ke kolam untuk membantu pasangan itu keluar dari kolam..
Dazrin menghulurkan tangan kepada Adam manakala Johanna menyerahkan tangan kepada aku.. Terkejut jugak aku tapi bila tengok senyuman dia yang ikhlas tu, aku turut tersenyum ke arah nya..
“Sayang..” Signal yang Adam bagi kepada aku menyebabkan kami berdua menarik pasangan tu masuk sekali ke dalam kolam renang.. Memang bergelak sakanlah kami.. Dengan masing-masing menjirus air ke arah masing-masing..
“Ya Allah..” Kata seseorang mematikan tingkah kami semua.. Kak ngah dan abang ngah mencekak pinggang melihat telatah kami.. Sebelum diorang d…

Sayang kau pak cik kedut (3)

“Ye tuan.. Tapi mungkin dia sempat untuk larikan diri..” Jawabnya..
“Maafkan kami cik.. Kami sekadar menjalankan tugas..” Kata pegawai jabatan agama tersebut..
Aku melangkah ke arah makhluk yang curi telefon aku tadi, dan sekali aku pegang tangan dia, sekelip mata je aku libas dia sampai tertiarap atas lantai.. Aku memijak belakang dia dan aku keluarkan telefon aku dari poket dia..
“Cik, apa cik nak buat dengan telefon saya?” Jeritnya.. Aku menolak kepalanya.. Aku membuka album gambar aku..
“Habis album gambar dalam ni, gambar siapa? Pehal? kau pakai tudung ke?” Aku menunjukkan telefon aku kepada pegawai tadi..
“Kami sekadar menjalankan tugas! Ermm.. Tugas ke?” Aku menarik kaki daripada makhluk tadi..
“Pegang dia.. Kita hantar ke balai polis..” Arah pegawai tadi kepada konco-konconya...
“Maafkan saya, cik..” Ucap pegawai tadi.. Dan mereka keluar daripada rumah ni..


Dazrin mendukung Aqira manakala Syafiqah membawa ubat ke rumah..
“Tuan, tu yang sebenarnya pemilik rumah tadi.. Itulah lelaki yan…

Bersarang ~~~

Asslamualaikum... Hey..
Emm.. Tak nak cakap banyak.. Just terfikir,
okey tak kalau kite renovate blog ni dengan blue colour pulak.. 
Naik juling mata kan dengan warna pink je..
Eh, but warna pink akan selalu di hati..
Cuma nak tukar mood je sikit.. 
Tu je.. lol..
Bye

Repost : Mini novel #1 : Smile

Aku hanya mampu tersenyum melihat si dia bersanding di atas pelamin itu. Pelamin yang sepatutnya ada aku disebelahnya.Mata kami bertaut buat seketika. Aku sekadar tersenyum tipis walaupun anak matanya cepat-cepat melirik ke arah lain.Majlis pernikahan aku dan dia sepatutnya akan berlangsung lagi seminggu yang juga bermaksud genap setahun kami bertunang dan genap tiga tahun kami bercinta.

Kami putus dalam masa lagi tiga minggu kami akan disatukan. Harini, dia sudah menjadi milik gadis itu, aku? Apa akan terjadi pada aku? Adakah aku akan bersanding seorang diri di atas pelamin pada minggu hadapan? Mak dan ayah masing-masing kusut memikirkan, siap mahu membunuh Que lagi. Aku pula hanya mampu tersenyum sedangkan dalam diri ni, sudah tak terdaya untuk bernafas. Setiap kali berseorangan, apa yang aku mampu lakukan ialah termenung mengenangkan nasib badan.

Aku meletakkan hadiah yang berbalut kemas iaitu hadiah pertama yang pernah dia berikan kepada aku dia atas meja hadiah. Rantai berloket itu…