Thursday, June 11, 2015

Mini Novel #2 :Sayang Kau Pak Cik Kedut (2)


“Adel..” Keluh Dazrin perlahan tapi dapat didengari Johanna.. Johanna memandang suaminya.. Ah, cukuplah perempuan tu dapat hati mummy dan mama, takkan hati laki aku sekali?

Dazrin yang tiba-tiba ketawa kuat menyebabkan Johanna turut memandang hadapan.. Senyuman turut terukir melihat pasangan bahagia tu sama-sama terjatuh dalam kolam renang..

“Jomlah sayang.. Kesian diorang..” Dazrin menarik isterinya ke kolam untuk membantu pasangan itu keluar dari kolam..

Dazrin menghulurkan tangan kepada Adam manakala Johanna menyerahkan tangan kepada aku.. Terkejut jugak aku tapi bila tengok senyuman dia yang ikhlas tu, aku turut tersenyum ke arah nya..

“Sayang..” Signal yang Adam bagi kepada aku menyebabkan kami berdua menarik pasangan tu masuk sekali ke dalam kolam renang.. Memang bergelak sakanlah kami.. Dengan masing-masing menjirus air ke arah masing-masing..

“Ya Allah..” Kata seseorang mematikan tingkah kami semua.. Kak ngah dan abang ngah mencekak pinggang melihat telatah kami.. Sebelum diorang ditolak anak diorang, Qarissa dan Qadish ke dalam kolam ni sekali.. melompat-lompat Qarissa dan Qadish sebelum diorang pun terjatuh dalam kolam sekali..

Kami saling ketawa.. Aku melihat semua.. Kak ngah adalah anak mummy.. Bahagia betul aku tengok pasangan tu..

“Masya Allah!!! Peah!!! Abang!!!”

Gulp! Kami semua memandang ke arah mama yang tengah mencekak pinggang..

“Penat kami  cari! Rupanya kat sini semua! Siapa yang start semua ni?” Marah mama.. Qarissa dan Qadish menunding jari ke arah masing-masing.. Kakngah dan abang ngah menunding jari ke arah Johanna dan Dazrin manakala diorang menunding jari ke arah aku dan Adam..

Tiba-tiba muncul mummy dengan Qarina yang sedang menangis..

“Kak Ngah oii.. anak hang lapar nak susu!” Jerit Mummy.. Cepat-cepat kak ngah keluar dari kolam menuju ke arah Qarina..

Mama menggeleng.. “Dah.. semua masuk.. Haish.. Macam-macam..” Kata mama sambil tersenyum..

Papa muncul dengan membawa tuala.. Mak Jah pun bawak tuala sekali.. Masing-masing tergelak sesama sendiri.. Wah, beruntung aku dapat keluarga menantu yang macam ni..


Aku membuat kek oreo.. Memandangkan kek resepsi semalam tak cukup dan anak-anak sedara aku semuanya merengek nak kek, jadi aku pun buatlah..

“Ajar aku cara memasak..” Sapa Johanna.. Bila dia masuk dapur pun entahlah..

Aku tersenyum.. “Anytime..” Jawabku.. Johanna duduk atas kerusi..

“Ko nak buat apa ni?” Tanyanya..

“Okey ke kalau ..” Tanyaku teragak-agak...

“Berkau aku je dengan aku.. Lagipun kita sebaya kan..” Katanya.. Aku menggangguk..

“Aku buat kek.. Kau nak aku ajar masak apa dulu? Tapi lepas aku siap buat kek ni lah..” Terangku..

“Anything.. Tapi ajarlah yang paling senang dulu.. Goreng telur ke.. Sebab aku memang tak pernah pegang dapur.. Mak aku tak bagi.. Semuanya bibik yang buat..” Terang Johanna sambil mengupas mangga muda sebelum memakannya..

“Emm.. Boleh aku tahu hubungan kau dengan Dazrin sebelum ni..” Tanya Johanna..

Tangan aku terhenti dari membasuh mangkuk.. Dada aku terasa sesak.. Aku menutup mata.. Nafas aku tarik dalam-dalam.. Lupakan Adel.. Aku meraup muka.. Kerusi aku tarik dan duduk berhadapan Johanna..

“Dia..ex aku.. Its about three years before dia just dumped me and get married to other women.. Just because uhh... its my fault anyway.. Aku marah dia, aku tengking dia just sebab he forgot my birthday.. That’s my fool.. He even sent me invitation card once..” Aku berhenti berkata.. Air mata yang mengalir aku seka dengan hujung lengan..

“Ni semua kebetulan ke..?” Kata Johanna terhenti di situ..

“Kebetulan?” Soalku kebingunan..

“huh, kalau kau nak tahu.. Aku dan Adam dulu pun bercinta gak.. About three years jugak.. Sebelum aku curang dengan dia.. Dia marah sangat dengan aku.. Dan hari dia tangkap aku curang dengan lelaki lain, itulah hari terakhir aku nampak dia.. Since then, aku janji dengan diri aku.. Aku takkan curang lagi.. With that thing, I hope I can meet him again, and god granted me that..

Aku jumpa dia sebagai adik ipar pada hari aku nikah dengan Dazrin.. At first aku pelik, kenapa dia layan aku lain.. Dia seolah-olah tak kenal aku.. And then baru aku tahu yang dia accident.. He lost all memory about somebody but this family haven’t discovered it yet..

Tu sebab aku nampk sombong dengan diorang, aku takut walaupun sekadar nak senyum dengan diorang... Aku rasa bersalah.. Aku rasa berdosa..” Luahan Johanna terhenti akibat dia menangis.. Aku memeluknya dan menenangkannya..

Semua ni kebetulan atau ahli keluarga ni rancang semua ni? Mama?

Adam yang berada di luar rumah tidak tersengaja dengar perbualan Adel dan Johanna tergamam.. Apa maksud Kak long? Sakit kepala yang tiba-tiba menyerang kepalanya, menyebabkan dia melangkah masuk ke dalam rumah, ke biliknya..

Dazrin yang ingin ke dapur turut terhenti dan terdengar perbualan Adel dan Johanna.. Dia sendiri terkaku mendengarnya.. Apa semua ni?


“Aloh, cucu opah nak air ye.. meh sini..” Mama memegang tangan Qarissa dan Qadish ke dapur.. Terhenti langkahnya melihat Delia yang seolah-olah sedang memujuk Johanna.. Johanna mengangkat muka.. Matanya merah.. Mukanya basah.. Bahagian bahu Delia pun lencun.. Apa terjadi?

“Nenek..” Rengekan cucu kembarnya mematikan lamunannya.. Mama melangkah ke dapur perlahan-lahan..

“Mama..” Aku menyapa mama.. Johanna menyambung makan mangga muda yang berbaki.. terkejut aku melihat lapan biji yang telah dimakannya..

“Makcuuu.. nak air oren..” Qarissa yang memegang skirt aku, menyentakkan aku..

“Air oren ye.. Jap mak cuu buat ye..” Aku mengambil air peel fresh dalam peti sejuk dan aku tuang ke dalam botol kembar tu.. Terkedek-kedek diorang keluar dari dapur sambil menarik tangan neneknya..

“Aku naik atas dulu, Delia.. ke Adel.. Huh, apa-apa jelah..Adelia..” Kata Johanna membasuh tangan dan menapak keluar dapur.. Aku tersenyum..

Ting! Bunyi oven yang menandakan kek aku dah siap mematikan mata aku yang memerhati langkah Johanna.. Bup! Aku berpaling..

“Johannaaaa!!” Aku berlari dan memangku kepala Johanna yang pengsan.. Mama turut patah balik ke arah kami..

“Johannaa...” Panggil mama.. “Dazrin!!!!” Laung mama.. Dazrin yang sedang bersembang dengan abang ngah segera berlari ke arah mama..

Segera dia ke arah isterinya yang tak sedarkan diri.. “Sayang.. Jo.. sayang..” Dia menampar-nampar pipi Johanna.. melihatkan Johanna yang tak sedarkan diri, dia mencempung Johanna.. Aku meraba poket yang berisi kunci kereta sebab tadi aku pergi kedai..

“Bawak masuk kereta Adam.. I will drive you both..” Arah aku.. Dazrin mengangguk.. Dia mencempung Johanna ke dalam kereta dan kereta aku pandu ke klinik berdekatan..


“Kau sihat?” Sapa Dazrin semasa kami menunggu di ruang menunggu..

“Kau rasa?” Aku memandang Dazrin.. Dazrin memandang aku sebelum dia menunduk..

“Aku minta maaf..” Luah Dazrin perlahan..

“Lima tahun Dazrin.. Five years ago.. And sekarang baru kau nak minta maaf? Kenapa tak tunggu lagi lima puluh tahun? Hati yang terluka disebabkan kau masih berdarah, Dazrin.. Its still bleeding..” Kataku dengan suara yang sudah bertukar serak.. Aku menyeka air mata.. Aku bangun dari dudukku..

Tiba-tiba, doktor yang merawat Johanna keluar dari bilik.. dazrin turut bangun dari duduk..

“Encik ni, suami Puan Johanna ke?” Tanya doktor..

“Ye, saya.. Macammana isteri saya, doktor?” Jawab Dazrin..

“Tahniah, isteri tuan mengandung..”

Dazrin tergamam sebelum dia tersenyum riang.. Dia berpaling ke arah aku yang tersenyum.. “Jo mengandung Adel! Jo mengandung!”

Dazrin masuk ke dalam bilik Johanna.. Aku tergamam di luar.. Senyum.. Itu semua senyuman palsu.. Hakikatnya, hati aku yang masih berdarah ni,lukanya makin besar melihat si dia bahagia..

Kunci kereta aku tinggalkan dekat guard.. Sebut je nama penuh aku, nanti diorang bagilah dekat kau kunci kereta tu.. tiba-tiba ada masalah timbul dekat bank so aku pergi dulu.. Anyway, congrates..
-Adelia-

Aku duduk termenung di kolam kondo lama aku, sebelum aku berpindah duduk dengan Adam.. Kondo ni pun sebenarnya Dazrin yang belikan sebagai hadiah aku dapat kerja sebagai pegawai bank..

Kenangan-kenangan lama kembali menerjah dalam minda aku.. Aku tersandar di kerusi.. Keluarlah semua kenangan lama dan jangan kembali..


Aku yang ingin masuk ke dalam rumah tersentak melihat Johanna dan Adam yang berduaan di taman.. Aku melangkah perlahan-lahan untuk mendengar perbualan mereka..

Johanna, “Kau dah ingat semuanya ke?”

Adam, “Aku terdengar perbualan kau dengan Adel, sampai semua kenangan lama tu menerjah kepala aku tadi...”

Johanna, “Jadi kau ingat aku lah? Adam, bagi aku peluang kedua.. Aku janji takkan curang dengan kau.. Tolonglah.. Aku perlukan cinta kau je.. Please bagi aku peluang kedua.. Aku boleh gugurkan anak ni kalau kau nak.. Lagipun, kau nak tau tak, rupanya Dazrin tu ex Adel.. Kita boleh berkomplot.. Sama-sama cerai lepastu kahwin dengan pilihan hati, bukan pilihan keluarga..”

Aku menutup mulut mendengarnya.. Sampai macam tu sekali, Johanna?

Adam, “Kau janji takkan curang.. Kau tak rasa sekarang kau curang dengan Dazrin?”

Johanna, “Yang aku janji takkan curang tu kau.. Aku takkan curang kalau aku dengan kau..Tolonglah Adam.. Terima aku semula..”

Adam, “Aku still cintakan kau..Aku maafkan kau.. Aku bagi kau peluang kedua.. Tapi, aku tak nak sakitkan hati Dazrin dan Adel, jadi kita jumpa senyap-senyap dekat kondo kita.. Nak?”

Tangan aku menggeletar.. Kaki aku angkat..Tak sanggup rasanya untuk aku dengar lagi.. Kaki aku hayun keluar rumah tanpa hala tuju..

Adam, “Itu yang kau nak dengar? Never Johanna! Never! Aku maafkan kau tapi aku bukan untuk kau! Dan kemaafan tu hanya akan hadir kalau kau bahagiakan abang aku.. That’s it! You may be my first love but Adelia my last love and ever!”

“Siapa kau sebenarnya, Johanna?” Suara dazrin menyentakkan mereka berdua..

“Along..”

“Abang..”

“Abang buat apa kat sini?” Johanna memegang tangan Dazrin.. Tapi Dazrin terlebih dahulu menolak..

“Anak siapa dalam perut kau sebenarnya? Anak aku ke anak Doktor Firash?” Soalan Dazrin membuatkan tangan Johanna menggeletar..

“Dengar sini Johanna! Aku nak kau berambus dari sini..  Aku ceraikan kau talak tiga..”  Johanna terduduk..

“Adam, pergi kejar bini kau! Dia dah salah faham.. Dia sempat dengar cadangan hubungan sulit kau dengan Johanna.. Yang selebihnya dia tak sempat dengar..” Dazrin mengusap bahu adiknya..

Adam tersentak tapi kemudian berlari..


“Lama aku tak jumpa kau! Sorrylah aku tak dapat datang majlis kau.. Anak aku demam..” Kata Syafiqah sambil menjelum kepala anaknya yang berusia lima tahun... Syafiqah merupakan kawan baik aku masa di tingkatan tiga sebelum aku pindah sekolah dan semasa di universiti..

“Semuanya dah hancur,Syafiqah.. Semuanya!” Keluh aku perlahan..

“Kenapa?” Syafiqah mengenggam tangan aku..

“Tak ada apalah Syafiqah.. Banjir rumah kau nanti, makin demam anak kau.. By the way, siapa nama anak kau?” Tanyaku..

Syafiqah terdiam..

“Syafiqah?”

“Nama dia Syafa Aqira Adyan Dazrin Qushaifi..” Jawab Syafiqah perlahan..

Aku memandang Syafiqah..Adyan Dazrin Qushaifi.. Itu nama penuh Dazrin..

“Aku mintak maaf Adel.. Aku kejam dulu.. Aku jahat.. Dan sekarang kejahatan aku dulu memakan aku balik..” Luah Syafiqah..

“Aku perangkap Dazrin sampai dia mengandungkan aku dalam keadaan mabuk.. Aku cemburu dengan hubungan korang.. Jadi bila aku mengandung, Dazrin ambil keputusan untuk terus kahwin lari dengan aku.. Aku yang hantar dekat kau kad jemputan tu padahal mana ada majlis sebab aku tahu kau takkan datang..”

Aku memotong percakapan Syafiqah.. “Tapi, aku datang.. Cuma tak ada apa.. There’s nothing..”

Syafiqah mengenggam tangan aku.. “Maafkan aku Adel... Aku berdosa dengan kau.. Aku dah dapat hukuman aku.. Tolonglah.. Dulu, aku halang Dazrin jumpa kau dengan ugutan aku akan bunuh anak dia.. Tapi, masa anak aku berusia lapan bulan, ada seorang lelaki, nama dia Khairi datang dan mengaku ni anak dia.. Padahal Aqira ialah anak Dazrin.. Dazrin yang tak percayakan aku tinggalkan aku macam tu je..

Hidup aku susah lepastu Adel.. Anak aku selalu sakit dan aku pulak sekadar kerja cuci tandas je.. Dazrin cuba cari kau tapi dia tak jumpa.. Dalam tiga tahun lepastu, dia dipaksa kahwin dengan pilihan keluarga...Semuanya salah aku.. maaafkan aku.. Maafkan aku, Adel..” Aku menarik tangan aku dari genggamannya..

“Kenapa mesti ada perempuan yang iri hati dengan hubungan aku.. Dulu masa aku dengan Dazrin, kau.. Sekarang bila aku dah kahwin, Johanna.. Dan kedua-dua lelaki tu, langsung tak boleh nak tegakkan apa yang betul untuk aku.. Kedua-duanya beralih kepada perempuan selain aku..” Kataku bersama senyuman..

“Aku ingatkan dengan datang rumah kau, aku boleh tenangkan diri aku.. Rupanya menambahkan bebanan aku..” Aku bangun dari duduk aku.. Syafiqah memeluk kaki aku..

“Maafkan aku Adel.. Maafkan aku..” Syafiqah merayu kepada aku..

“Mungkin kau boleh tolong aku.. Tak adalah aku rasa bebal sangat nak maafkan kau..” Kataku..


Tok..Tok..

Syafiqah membuka pintu rumahnya.. Dazrin tersenyum ke arahnya.. Air mata yang mengalir perlahan di pipi Syafiqah disekanya..

“Aku jumpa Khairi.. Dia mengaku salah.. Aku..” Dazrin melutut di hadapan Syafiqah.. “Aku salah.. Aku mintak maaf..”

Syafiqah turut duduk di hadapan Dazrin.. Pipi Dazrin dipegang..

“Syaf pun bersalah dengan abang.. Kepulangan abang terlebih cukup untuk Syaf maafkan abang..”.. Dazrin menarik Syafiqah ke dalam pelukan..

“Abang takkan tinggalkan Syaf lagi.. No matter what happen.. Aqira... dia sihat?” Dazrin meleraikan pelukan.. Syafiqah tersenyum.. Tangan Dazrin ditarik masuk ke dalam rumah..

“Ya Allah, anak papa!” Dazrin memeluk Aqira..

“Panasnya.. Cepat abang bawak pergi klinik..” Dazrin mencempung Aqira..

Aqira yang tersedar.. “Siapa pak cik?” Tanyanya dalam keadaan lesu.. “Ini papa, sayang.. I will never leave you.. Never!” Jawab Dazrin dan mencium dahi Aqira...

Pintu rumah ditutup.. Aku keluar dari bilik.. Senyuman terukir di bibir aku.. Asalkan kau dan Dazrin bahagia, aku maafkan kau..

Aku duduk di hadapan televisyen.. Telefon yang aku silent kan dari tadi, aku buka.. 134 missed call dan 50 mesej daripada Adam..

Haih, baru seminggu lebih aku kahwin dah jadi macam-macam.. Agak-agaknya kalau setahun macammana lah agaknya...

Aku melihat telefon.. Mama..

Butang hijau aku tekan..

“Assalamualaikum mama..” Sapaku..

“Banyak kau punya mama... Ni orang yang call kau masuk kali ke seratus tiga puluh lima..”

Terus sahaja aku tekan butang merah.. Lama.. Aku shut off terus.. Baru je aku nak menyandarkan badan aku ke sofa, pintu rumah diketuk.. Semestinyalah bukan Syafiqah... Bukannya dia kunci pun pintu tu tadi..

Dengan malas aku melangkah ke arah pintu.. Pintu ku bukak..

“Kami dari jabatan agama.. Kami dapat aduan awak berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram di dalam..” Jelas salah seorang sambil menunjukkan tag daripada sekumpulan lelaki yang berada depan rumah ni..

Aku dah terkekek kekek gelak.. Diorang maksudkan Dazrin dengan Syafiqah ke? Padahal dua orang tu laki bini.. Mungkin jiran-jiran dekat sini tak pernah nampak Dazrin kot.. Tu sebabnya..

“Check rumah dia!!” Jeritan salah seorang daripada mereka menghentikan ketawaku tapi masih bersisa..

“Ah, silakan,silakan..” Aku siap menjemput diorang masuk rumah mereka lagi..

Aku berpaling dan terkejut aku tengok ada tangan yang perlahan-lahan masukkan telefon aku ke dalam poket tanpa yang lain sedari kecuali aku.. Aku tersenyum.. Ah, itulah mamat yang menjerit tadi..

“Tak ada sesiapa pun..” Jelas seorang per seorang.. “Encik yakin encik nampak lelaki lain masuk dalam rumah ni..” Tanya pegawai jabatan agama kepada makhluk yang curi henset aku tadi..


No comments:

Post a Comment

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...