Thursday, June 11, 2015

Mini Novel #2 : Sayang kau pakcik kedut (1)

Adam yang sedang membeli lauk di sebuah gerai berpaling.. Sebuah motor yang sedang meluncur laju di atas jalan menarik perhatiannya.. Gadis bertudung merah itulah penunggangnya.. Tapi, belum sempat dia berbuat apa-apa, gadis itu dah lesap..

“Laju betul orang kat sini bawak motor ye mak cik..” Tanya Adam sambil menghulurkan not sepuluh ke arah mak cik si penjual..

“Eh, tak adalah.. budak-budak jantan macam biasalah bawak laju, tapi si Adel ni, entahlah.. Kita tegur dikatanya mana ada bawak laju.. tapi baik budaknya..” Terang mak cik Senah sambil menghulurkan kepada Adam bakinya..

Adam masuk ke dalam kereta.. Enjin dihidupkan.. Adel? Cantik..


Aku masuk ke dalam rumah bersama barang yang aku beli.. Badan aku hempaskan ke atas katil.. Ah, cepatnya masa berlalu! Dah nak kahwin dah aku.. Wah, rasa macam baru semalam aku masuk sekolah menengah..

Telefon yang berdering mematikan lamunan aku.. Si sewel senget.. Ahhh! Apa dia nak lagi?!

“Helo!” Sapaku kasar..

“Waalaikumussalam.. Kau dah cakap dengan mak bapak kau, putuskan pertunangan ni belum?!”

Ha, perkenalkan Adam Qushairi Arshad, CEO syarikat manetah yang langsung tak ada budi pekerti.. Juga bakal suami aku.. Menantu pilihan keluarga.. Aku tak tahulah fius kat otak dia mana satu yang putus, tapi dia asyik suruh aku cakap dengan mama papa yang aku nak putuskan tunang.. Padahal dia yang nak putus..

“Ah, dah.. Aku dah cakap dekat mak bapak aku, yang aku suka sangat dekat kau.. Diorang pun dah telefon mak bapak kau untuk cepatkan lagi tarikh perkahwinan kita.. Awak exciteddd tak?” Jawabku dengan suara mengada yang aku buat-buat..

“Bitch!”

“Asshole!” Balasku semula.. Dia pikir aku terkesan dengan carutan mat puteh dia tu? Hei, ni Adelia Qaisara Hanna lah..

“Eh, pesal kau ni terhegeh-hegeh sangat nak kahwin dengan aku hah? Aku tahulah aku ni hemsem, tapi aku tak nak kahwin lagilah.. tambahlagi dengan mak cik kepoh macam kau ni!”

Eh, eh suka hati je panggil aku mak cik kepoh.. habis dia tu, pak cik kedut? Hahaha..

“Pesal kau gelak?” Bentak Adam..

“Sayang, kalau sayang nak putuskan pertunangan kita, sayanglah pergi cakap dengan family sayang.. I tak nak, nanti jatuh status anak baik I.. Bye sayang.. See you later..” Kataku dan terus mematikan telefon.. Ah, tidur pun best jugak ni!

Adam menghempaskan telefonnya.. Manalah mama kutip si Delima ni? Dah lah nama pun nama kampung! Cubalah nama tu Raysha ke Marissa ke tak pun.. Adam tersenyum sendiri.. Adel..

“Ah, Adam.. buat apa tu?” Tanya Datin Balqis terhadap anaknya yang duduk tersandar di kereta Lamborghini putihnya..

“Tak ada apalah ma.. Fikir kerja dekat KL tu je..” Jawab Adam..

“Ishh, kamu ni nak kahwin pun pikir kerja je tak habis-habis.. Telefon Delia.. Cakap kita balik KL esok.. Ah, tolong mama pergi kedai kejap.. Mama ingat nak buat spegetilah harini..Beli spagetti je.. Dengan cendawan butang sekali.. Ah, daging kisar.. Ha, tu je..” Arah datin Balqis..

Adam mengangguk.. Motor berkuasa tinggi adiknya turut dihidupkan..



Aku mengambil spagetti satu tin cendawan butang..

“Emm, nak tanya mana boleh saya cari tin cendawan butang dan daging kisar eh?” Sapa seseorang di belakang aku.. Minyak wangi dia... Habis menyengat-nyengat otak aku!

Aku menunding jari ke arah tin cendawan butang aku ambil tadi..

“Daging kisar ikut saya..” Kataku sebelum kaki aku melangkah ke fridge menempatkan ayam kisar.. aku tak makan daging.. Lelaki tadi mengambil daging kisar..

“Terima kasih..” Ucapnya.. Aku melangkah ke kaunter untuk membayar..

“Awak Adel kan? Saya Arshad..” Ha, nak ngorat awek cun kenalah pakai nama lawa sikit..

Eh, ada kesah pulak aku.. Lantaklah nama kau Arshad, Kicap ke.. Aku senyum dan terus melangkah ke kaunter.. Usai bayar cepat-cepat aku keluar dari kedai..

Wah, Honda CBR1000RR ! Ternganga habis mulut aku.. Parking sebelah motor aku pulak tu! Hemmm, nak naik!

“Awak memang suka motor eh?” Haish, baru je aku nak berangan bawak motor ni, dah mamat boleh tahan hensem ni kacau aku lagi..

Aku terus melangkah ke motor aku nak menghidupkan motor.. Mata aku kerling ke arah  Honda CBR1000RR tu.. Ish, kan bagus kalau sebelah aku ni si mamat sewel senget tu! At least tak delah bebal sangat aku kahwin dengan dia!

“Awak ni dah berpunya ke?” Adam menyuarakan soalan berani matinya!

Aku tersentak! Berpunya? Haha, aku pun tak tahulah status aku sekarang ni tapi apa yang aku tahu, aku mengangkat tangan yang berisi cincin tunang ke arahnya.. Ah, terdiam kau! Aku senyum dan berambus dari situ..


Aku meletakkan barang yang aku beli tadi ke atas meja.. Apron aku sarungkan ke badan.. Haa, harini chef Adel nak masak Spagetti Olio Oglio! Alang-alang nak habiskan minyak zaitun tu..

“Kamu nak masak apa, along?” Tanya mama yang masuk ke dapur..

“Spagetti Olio Oglio..” Jawabku ringkas sambil menghiris bawang putih..

“Ah, buat lebih sikit.. Nak bagi bakal besan rasa masakan kamu.. Lagi satu... kami dah cepatkan perkahwinan kamu berdua tengah bulan depan.. Waktu cuti sekolah dua minggu tu” terang mama..

“Apa?!”


“Ma, you can’t be kidding..” Jawab Adam mendengar apa yang dikata mamanya..

“Betullah sayang.. Apa yang kamu nak terkejut sangat? Eh, Si Delia tu bagus orangnya.. Muka pun lawa, kerja pun bagus.. Itulah mama nak tunjuk gambarnya, kamu tak nak..” Kata Datin Balqis sambil memotong cendawan..

“Siapa pulak SI Delia ni, ma?” Tanya Adam..

“Eh, tunang kamu tu lah.. Ingat nama dia apa?” Bentak Datin Balqis terkejut..

“Ingatkan Delima..” Jawab Adam perlahan.. Kakinya melangkah ke peti sejuk.. Salah satu daripada empat potong kek yang dibuatnya semalam dikeluarkan..

“Eh eh, Adam letak balik kek tu!” Arah datin.

“Tapi ma, kek ni adam yang buat semalam..” Rengek Adam..

“Eh, tu kek nak bagi dekat keluarga bakal besan petang satgi.. Alah, kamu boleh buat yang lain..”


“Wow! Ada kek.. Bila masa ma beli?” Tanyaku..

“Sedap pulak tu! Nak belilah esok, bawak balik KL..” Kataku lagi menyuapkan lagi sesudu kek ke dalam mulut..

“Eh, kek tu bukan beli.. Adam yang buat sendiri kek tu..” Terang mama..

Uhuk.uhuk.. aku yang tersedak terus mengambil air yang terdekat..


“Wah.. Olio Oglio!” Adam mengambil garfu untuk memakannya..

“Sedaplah mama... Rasa lain daripada yang biasa mama buat.. Resipi baru ke ma?” Tanya Adam sebelum dia tersedak.. Air dalam gelas terdekat diteguknya.. Ai, ada orang sebut nama aku ke?

“Aish, kamu ni, Adam.. Makan slow-slow sikit.. Mama buat spagetti kari.. Olio Oglio ni Delia yang buat..” Terang datin..

Delia? La, pandai pulak minah tu masak.. Okeylah kan? Tak adalah aku rasa bebal sangat kahwin dengan dia nanti..



“Sah!”

Usai doa, Adam berpaling.. Ah, dah jadi bini orang.. Aish, sedihnya! Aku mengangkat muka dan bertentang mata dengan suami aku.. Umm, macam kenal..

Adel? Jap2.. Nam penuh dia tadi, ah.. Adelia Qaisara Hanna.. Ah.. Adel.. Delia.. Adelia.. Kenapa aku tak pernah perasan..


Aku bersandar di kepala katil, membaca gosip terkini.. Pintu dibuka dan ditutup semula.. Huhu, berderau darah aku.. Habis tegak semua bulu roma.. Tapi, baik aku berlagak cool.. Lagi aku gelabah lagi pak cik kedut ni kacau aku kang..

“Oi, pak cik kedut!” Panggil aku.. Sekali kau, dia pusing dengan baju yang completely 360 darjah dah tercabut dari badan dia.. Aku terus memalingkan kepala.. Huih! Nak tercabut dah jantung aku ni!

“Kau panggil aku ke?” Sahut pak cik kedut..

Kenapa mak cik kepoh panggil aku pak cik kedut? Adam melihat wajahnya di cermin.. Mana ada kedut!

Aku berdehem.. “Aku rasa macam pernah nampak kau.. Tapi, rasanya dalam mimpi pun kau tak pernah nak jejak” Kataku..

Tiba-tiba aku rasa sebelah sana katil dah tenggelam.. Desahan nafas yang dekat sangat dengan telinga kanan aku membuatkan aku menelan liur dan berdehem..

“Kau rasa?” Adam menahan tawanya disebalik suara menggoda yang sudah menjadi kepakarannya..

Aku menolak badannya supaya jauh dari aku.. Mak ai! Dada dia!!!!! Hai, luruh iman aku!

“Entah.. Aku tak sure..” Jawabku dan aku beranikan diri bertentangan mata dengan dia.. Tapi muka dia makin mendekat.. dekat.. dekat.. Dan aku menarik selimut selubung satu badan.. Dia mengilai kuat sebelum aku dengar pintu dibuka dan ditutup..

Terus sahaja aku keluar dari selimut..

Argh!!!

Terjerit kecil aku bila aku tengok muka dia tengah renung aku.. Dia menyambung gelaknya.. “Takut sangat!” Dia menunjal dahi aku.. Aku menggosok dahi.. Dia mengenyit mata ke arah aku sebelum dia betul-betul keluar dari bilik sambil membawa tuala di bahu..

Aku terbaring.. Gilalah!


Aku berpaling kiri dan kanan.. Aku tak boleh tidur! Arghh!!! Tidurlah duhai mata!!! Sebelum mamat sewel tu masuk bilik!!! Pintu bilik dibuka dan ditutup semula.. Aku cepat-cepat menutup mata.. Bajet dah tidur gitu!

Uuuuuu... Tegak bulu roma aku bila dia dengan selambanya peluk aku dari belakang..

“Aku tahu kau tak tidur lagi.. Rileklah derr.. Takkan nak buat kat sini kot? Habis mak bapak, satu keluarga kau dengar!”

Aku menelan liur mendengarnya.. Scary doh mamat ni!

“Memang kita ada bertembung sebelum ni.. Siap bercakap sepatah dua lagi.. Aku tak nak cakap.. Kau ingatlah sendiri..” Dia cium kepala aku sebelum aku terlena..


Seminggu kemudian,


Kali ni turn aku pulak duduk dekat rumah keluarga dia.. Huh, mujurlah tak jadi apa-apa! Aku melangkah ke dapur..

“Mak Jah, nak masak apa ni?” Aku menyapa Mak Jah, orang gaji di rumah ni..

“Emm.. masak ayam masak merah je.. tu favourite datin.. Datin Sofia pun nak datang harini..” Jawab Mak Jah.. Aku menyinsingkan lengan untuk membantu membasuh pinggan di sinki..

Datin Sofia ialah isteri kedua papa, dan madu mama.. Walaupun bermadu, aku salute mama, sebab dia benarkan papa kahwin dengan datin sofia yang waktu tu kehilangan suami dan hilang tempat bergantung.. Dan hidup diorang harmoni je.. Ada masalah bawak bincang sekali..

“Ada orang sebut nama mummy ke tadi?” Ha, tu dia Datin Sofia dah sampai.. Aku berpaling..

“Mummy!” Aku mengelap tangan di kain lap dan menyalami mummy..

“Ai, pengantin baru buat kerja?” Sakat mummy..

“Alah, mummy.. Tolong Mak Jah sekali sekala.. Kan mak Jah kan?” Aku memeluk Mak Jah dari belakang..

“Mummy rasa Balqis tak salah pilih menantu kali ni.. Nak dibandingkan dengan sorang tu..” Mummy mengerling ke arah biras aku yang sedang duduk di buaian.. Johanna membuat muka ‘annoying’ nya.. Aku mengakulah memang dia sebaya dengan aku, cuma dia sombong sikit..

“Eh, Peah.. Bila sampai?” Tanya mama yang baru turun ke dapur..

“Baru je kak! Tengok menantu akak ni ha.. Esok nak resepsi, dok membasuh pinggan..” Report mummy kepada mama..

“Mummy... alah, tak luak pun inai ni kalau basuh pinggan banyak tu.. Kan, mama?”  Jawabku.. Mama dan mummy ketawa sendiri..

“Mak Jah nak air oren! Hantar dekat taman ye..” Arah Adam..

“Issh.. budak ni! Mak jah tengah masak kan.. Nanti kau!” Gumam aku perlahan.. Aku mengambil gelas dari tangan mak Jah..

“Takpe mak Jah.. Biar bini dia yang bagi air spesial untuk dia..” Cakapku dengan makna yang penuh tersirat..



“Tuanku.. Silalah jamah air yang hamba buat ni..” Aku menghulurkan gelas kepada Adam yang tengah membuat sesuatu di Ipadnya.. Dia meneguk separuh cawan.. Aku menahan tawa melihat muka kerut dia.. Dia memandang aku.. Dan ketawa aku meletus bila dia sembur air oren bergaram tu..

Aku berlari pusing satu taman.. Nasib baik taman mama ni besar.. Dengan gelak yang tak habis lagi, aku berlari sepuas hati.. Aku tak tahu kenapa tapi si mamat sewel tu pun duk gelak sekali..

“Gotcha!” Dia menarik aku dalam pelukan dan menggeletek aku sepuas hati.. Aku dah lah memang tak boleh tahan geletek-geletek ni.. Memang sampai terduduk aku dibuatnya.. Naik senak perut aku duk gelak..

Ehem!

Aku dan Adam berhenti ketawa.. Johanna dan seorang lelaki sedang berdiri memerhatikan kami.. Lelaki itu memandang aku.. Aku tergamam..

“Ah, Long! Bila kau balik?” Sapa Adam yang membantu aku bangun berdiri..

“Amboii, pengantin baru, along balik pun tak sedar..” Jawabnya.. Suara tu! Aku menunduk.. Macammana aku boleh tak perasan dia abang ipar aku?

“Sorilah.. along.. Disebabkan Adam tak perasan along balik, nah ni ada oren.. Minumlah..” Adam menyerahkan gelas oren yang diminumnya tadi kepada Dazrin..

Aku menahan tawa..

“Sayang, nilah along.. Dia tak dapat hadir majlis kita sebab dia ada hal dekat Perancis..” Adam mengenalkan si dia kepada aku.. Tak pelah Adam.. Aku dah kenal sangat along kau ni sebelum dia... Hah, buat sakit kepala je ingat dia..

Dazrin menyembur air oren yang diminumnya..

“Cabut!!!” Jerit Adam dan kami berdua berlari sebelum kedua-duanya terjatuh dalam kolam..


No comments:

Post a Comment

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...