Thursday, June 11, 2015

Sayang kau pak cik kedut (3)


“Ye tuan.. Tapi mungkin dia sempat untuk larikan diri..” Jawabnya..

“Maafkan kami cik.. Kami sekadar menjalankan tugas..” Kata pegawai jabatan agama tersebut..

Aku melangkah ke arah makhluk yang curi telefon aku tadi, dan sekali aku pegang tangan dia, sekelip mata je aku libas dia sampai tertiarap atas lantai.. Aku memijak belakang dia dan aku keluarkan telefon aku dari poket dia..

“Cik, apa cik nak buat dengan telefon saya?” Jeritnya.. Aku menolak kepalanya.. Aku membuka album gambar aku..

“Habis album gambar dalam ni, gambar siapa? Pehal? kau pakai tudung ke?” Aku menunjukkan telefon aku kepada pegawai tadi..

“Kami sekadar menjalankan tugas! Ermm.. Tugas ke?” Aku menarik kaki daripada makhluk tadi..

“Pegang dia.. Kita hantar ke balai polis..” Arah pegawai tadi kepada konco-konconya...

“Maafkan saya, cik..” Ucap pegawai tadi.. Dan mereka keluar daripada rumah ni..



Dazrin mendukung Aqira manakala Syafiqah membawa ubat ke rumah..

“Tuan, tu yang sebenarnya pemilik rumah tadi.. Itulah lelaki yang saya maksudkan..” Jeritan seorang lelaki dalam sekumpulan lelaki tu..

“Diamlah.. Kau nak curi apa pulak daripada diorang? Dia ni gila ke? Tak nampak ke pasangan tu bawak anak?” Jerit yang lain apabila mereka melintasi Dazrin dan Syafiqah..


“Ah, kita dah sampai.. Aqira tidur eh..”

Tersembur air yang tengah aku minum apabila terdengar suara Dazrin.. Macammana aku nak masuk bilik balik ni? Habislah dia nampak aku!

Nasib baik Syafiqah yang masuk dapur dulu.. “Eh, apa kau buat kat sini? Nanti Dazrin nampak kau macammana?” Tanya Syafiqah..

Aku pun mati akal.. Aku memandang Syafiqah.. Yes!

“Syafiqah! Bagi aku pinjam purdah kau.. Pastu kau kenalkan aku sebagai kawan yang tinggal dengan kau selama ni..” Cadangku..

Syafiqah mengangguk dan membuka purdahnya dan pakaikannya dekat aku..

“Abang.. Ni kawan Syaf.. Dia yang tinggal dengan Syaf selama ni..” Syafiqah mengenalkan aku.. Dazrin senyum ke arah aku.. Aku tunduk sikit... Sebelum aku dan Syaf masuk ke dalam bilik..

“Fuh! Selamat!” Kataku sambil membuka purdahku.. Syafiqah dah keluar semula..

Dazrin mengusap kepala anaknya.. Mata kawan Sayfiqah tadi.... macam mata Adel..


Tok tok! Syafiqah yang bangun ditahan Dazrin.. “Biar abang yang bukak pintu..” Dazrin bangun.. Pintu dibuka..

“Along?”

Dazrin tergamam tatkala melihat mama, papa, mummy, Adam dihadapannya..

“Apa along buat kat sini?” Tanya mama dan tatkala itu juga Syafiqah muncul dari belakang Dazrin.. Aku yang berada di balik bilik ni hanya mampu memerhati.. Macammana diorang boleh tahu Dazrin kat sini? Ke diorang cari aku kat sini? Tapi, macammana?

Aku menepuk dahi.. Mesti diorang dapat track aku bila aku angkat call mama tadi! Aihh..

Dazrin meletakkan sijil kahwin atas meja sebelum dia menceritakan segala-galanya.. Syafiqah turut membuka ceritanya.. Memang pada mulanya mama, mummy, papa nampak marah tapi lepas nampak Aqira dengan bende empat segi tu dekat dahi, luluh hati jadinya sebagai nenek dan atuk..

“Tapi, macammana kau tahu Along kat sini?” Tanya Dazrin kepada Adam..

Aku menepuk dahi lagi.. Haishlah.. Kalaulah tangan aku ni panjang dah lama aku tutup mulut dia tu, takpun cekik je senang..

“Haahlah..tadi Adel angkat fon.. Dan kawan Adam dapat track.. Sinilah alamatnya..” Jawab Adam..

Dazrin memandang Syafiqah.. “Yang dalam bilik tu Adel kan?” Duga Dazrin.. Syafiqah diam..

“Sayang.. Abang kenal mata dia.. Itu Adel, kan?” Duga Dazrin lagi. Syafiqah mengangguk perlahan..

Oh,crap! Aku menutup pintu. Pap! Aku menampar dahi lagi.. Alamak, terkuatlah pulak.. Tadi, boleh je senyap.. Eh pintu, kau pun berkrompomi dengan diorang eh.. Aku cuba mengunci tapi tak boleh kunci! Sudahnya, aku nyorok dalam bawah katil je..


“Ini opah, ini wan, ini atok..” Dazrin mengenalkan Aqira.. Seorang per seorang disalami Aqira..

“Eh, orang demam kena bagi peluh.. Jomlah kita bawak Aqira main dekat bawah.. Papa ada nampak taman permainan tadi..” Cadang papa.. Semuanya setuju..


Aku dengar pintu rumah ditutup..Ah, aku selamat? Aku keluar dari bawah katil.. Mesti Syafiqah dah buat something untuk aku! Thanks Syafiqah! Aku terhutang budi habislah dengan kau..

Aku membuka pintu bilik.. Tapi alangkah terkejutnya aku tengok Adam sedang berdiri tersenyum kacak dekat aku depan bilik.. Aku tutup pintu balik tapi ditahan.. Dan dengan senangnya pintu itu menolak aku ke belakang dan dia masuk ke dalam bilik.. Pintu bilik ditutup..

Nasib baiklah aku sempat pakai purdah Syafiqah.. Ah, sekarang ni aku cuma perlu berlakon sikit je..

Aku berpaling ke belakang..

“Sir, do I know you?” Kataku dengan slang sikit..

Tapi, mamat depan aku ni pi bukak baju dia pulak.. “Yes, you do know me, especially this!”.. Dia menyangkan badannya.. Taulah badan tu lawa..

“Gila!” Aku mencampak bantal ke arahnya dan cuba melepaskan diri tapi mamat sewel ni dah peluk belakang aku..

“Aku camlah mata kau..” Bisiknya kepada aku.. Dia memalingkan badan aku.. Purdah aku dibuka..

“See? Kan dah kata!” Katanya puas.. Aku memalingkan muka ke tepi..

“Issh.. Tu lah.. Orang tua kata jangan curi-curi dengar perbualan orang lain.. Dah tu, bukan nak dengar sampai habis! Taklah.. Tu just nak sakat dia je.. You are my only love.. That’s it.. Dari saat aku berjaya lafazkan ijab qabul hari tu, aku memang dah janji akan cinta dekat kau sorang je.. aku akan cuba sampai boleh..

Tambah lagi, lepas kahwin baru aku tahu yang kau ni Adel.. Ingat tak lagi, ada sorang mamat tanya dekat kau mana nak cari daging kisar dekat Jayeng?”

Aku cuba mengingati... Tapi, tak ingat! Aku menggeleng..

“Okay, ah.. Ingat tak  Honda CBR1000RR yang dekat depan Jayeng.. Pemilik dia tanya kau dah berpunya ke belum dan kau tayangkan cincin tunang kita?”

Haa, yang ni aku ingat.. Aku gelak.. Entahlah, sekarang aku rasa semua tu lawak..

“Dah ingatlah tu kan? Nyanyoklah kau  ni!” Dia menunjal kepala aku.. Tapi, kemudian dia yang usap-usap kepala aku..

“Habistu, apa motif kau bukak baju ni?” Tanyaku.. Dia mengangkat kening. Ah sudah!


Tiga tahun kemudian,


“Selamat hari raya.. Jemput masuk.. Jemput masuk..” Dazrin mempelawa tetamu-tetamu masuk rumah..

Mama dan mummy buat rumah terbuka.. Ha, sekarang ni mummy tinggal sekali dengan mama.. Cuma bilik je sebelah menyebelah.. Dazrin dengan Syafiqah je anak dan menantu yang tinggal dalam rumah ni dengan mama , mummy, papa..

Aku dengan Adam memang dari awal lagi dah duduk asing..

“Johanna.. Pelan-pelan.. Kau tu dahlah mengandung.. Doktor Firash mana?” Aku memimpin Johanna duduk..

“Dia tengah sembang dengan Dazrin..” Jawab Johanna..

“Alisya! Meh sini minum..” Johanna yang sedang mengandung anak kedua memanggil anak sulungnya..

Aku tersenyum.. Dah berusia tiga tahun dah Alisya.. Rasa macam semalam je aku dapat berita tentang kewujudan dia dalam perut Johanna..

“Syafiqah mana?” Tanya Johanna sambil memandang sekeliling..

“Syafiqah di sini..” Jawab Syafiqah sambil mendukung anaknya yang berusia setahun..

“Yang, anak mana?” Sahut Adam kepada aku yang tengah syok bersembang dengan Syafiqah dan Johanna..

“La, dekat abang la.. Tak ada dekat abang ke?” Duga aku.. Adam menggeleng.. Ah sudah, mana budak2 ni pergi?

“Eh, aku pergi cari anak2 aku kejap..” Aku mengundurkan diri..


“Yang!”

Aku yang baru membuka pintu bilik mama terhenti.. Aku berlari anak ke bilik tetamu..

Satu,dua,tiga,empat,lima..Cukup! Aku menarik nafas lega.. Elok je semuanya terlentok atas katil.. Siap berdengkur pulak tu.. Penat sangatlah tu.. Adam membetulkan kedudukan semua..

Adif Qashfi, Adil Qashfi dan Adalisya Qashfina merupakan anak kembar tiga yang aku lahirkan bulan Januari dua tahun lepas manakala Adrian Qashri dan Adryan Qashri, sepasang kembar yang aku lahirkan bulan Disember dua tahun lepas.. Semuanya sebaya..Semuanya kembar seiras.. Memang terus ikat, aku tahun lepas..

Kewangan? Nasib baiklah laki aku ni CEO, tu pun kopak jugaklah dia.. Aku yang dah dinaikkan pangkat pun still terkopak..

Kalau pergi pasaraya, terpaksa bawak dua troli, satu letak budak2 tu, satu lagi letak barang.. Bila sorang gelak, semuanya gelak tapi gelak tak pe, ni kalau sorang menangis habislah semua menangis.. Dahlah semua menangis ikut aku, pakat melalak semuanya.. Orang lepas bersalin debab, aku? Kering.. 42 kilo kau! Tak naik, naik pulak tu..

Tangan aku dengan Adam pun empat je, nak jaga lima.. Memang naik gila, tapi seronok.. Baju merah, baju biru, baju pink, baju hijau dan baju ungu.. Memang macam power rangers tengok dari jauh..

“Mak su, Pak su, power rangers dah tidur ke?” Tanya Aqira.. Adam mengusap kepalanya.. “Ye, sayang..”

“Emm.. Tak bestlah kalau power rangers dah tidur..” Bebel Aqira dan turun tangga..  Baru je aku dengan Adam tutup pintu tiba-tiba ada suara tangisan.. Bila sorang dah nangis yang lain tu apa lagi?

“Abang, gi buat susu!” Kelam kabut aku dengan Adam jadinya.. Adam berlari ke bilik untuk membuat susu..

“Alah, sayang-sayang mama.. Kejap ye.. papa ambik susu..”

“Abang!!!”

                                                                            -Tamat-

1 comment:

  1. Hi Nana, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

#celotehnaurve : CRUSHING FANTA?

Hello peeps! Amacam, cantik tak theme ni? Obviously, theme ni blogger yang punya, and I tak sempat nak touch up.. So, nanti-natilah I touc...