Skip to main content

#mininovel : HIS BRACELET

Hello peeps!!

Okay guys... Nana dah habis karang, okey tak sebenarnya on the way nak habis... Lama tak mengarang, rasa awkward pulak bila baca balik...

So, Nana harap korang enjoy baca... Kalau ada any aspect lacking, just tell me, okay, guys?


HIS BRACELET

Aku melihat inai yang siap berukir di tangan… Cantik.. Aku tersenyum.. Ya Allah, dah nak kahwin dah aku.. Bukan tahun depan atau bulan depan atau minggu depan tapi esok! Cepatnya masa berlalu.. Dah genap dua puluh lima tahun dah aku rupanya..

Esok pagi tepat sembilan pagi, aku akan dinikahkan dan terus bersambung dengan majlis persandingan.. Bakal suami? Jangan terkejut ye, si badan pengantin sendiri saling tidak mengenali antara satu sama lain.. Biasalah kalau perkahwinan yang diaturkan keluarga..

Jangan risau, ini bukannya macam dalam drama, kena paksalah.. kena tangkap basahlah… Tidak sama sekali.. Aku dengan secara sukarelanya bernikah dengan pilihan mama sebab memang aku yang suruh mama carikan.. Mana tidaknya, mama dah tetapkan ‘dateline’ untuk aku bergelar anak dara hanya sehingga aku 25 tahun..

Dan aku pun masih belum jumpa yang berkenan di hati.. Yang mengayat tu memanglah ramai.. Tapi, kebanyakan hanya pandang rupa.. Sekali aku tunjuk gambar aku dulu, masa chubby-chubby comel doraemon.. terus kelam kabut lari.. Tapi, baguslah lari awal-awal.. Daripada nanti dah kahwin, dia lari lepas aku boroi, lepas mengandung, lagi naiya!

Apa yang aku tahu mengenai bakal suami aku ialah, nama dia Edry.. Kerja, CEO? Pengurus? President? Entahlah yang penting dia menguruskan perusahaan keluarga dia..Mama kata dia rajin ke masjid.. Bakal mertua aku kata, dia anak yang baik… Kira okeylah, nak buat laki kan?

Aku? Aku sekarang merupakan pemilik butik pengantin.. Tetapi, bukan wedding designer! Aku lebih kepada mereka busana pengantin, dan turut menyediakan perkhidmatan merias wajah.. Aku pun masih baru dalam bidang ni.. Baru tiga tahun, dan setakat ni Alhamdulillah, semuanya masih berjalan lancar..

Tanganku tanpa sedar menarik sebuah kotak di bawah katil.. Aku meniup kotak berwarna pink pastel itu yang sudah sedikit berhabuk.. Penutup kotak diletakkan ke tepi.. Tersenyum aku melihat barang-barang aku dari masa lampau.. Ada tag nama semasa di sekolah, kad matrik dan kad pelajar semasa di UITM.. Namun, senyuman aku mati sebaik memegang seutas rantai tangan yang berwarna silver.. Di bahagian dalamnya tertulis ‘you’re Haziq’s’ .. Aku menahan sebak..

Kenangan enam tahun lepas menjengah fikiran.. Mata kututup.. Cuba untuk melupakan.. Tetapi, yang sebaliknya..

“Berambuslah sial!!!”

Mataku terbuka semula.. Air mata aku mengalir sebaik suara tersebut terngiang kembali di cuping telinga.. Aku menyeka air mata yang mengalir… Bangun Dila! Kau dah nak kahwin esok! Kau akan mulakan hidup baru!

Hakikatnya, dialah crush pertama aku, dan sebenarnya agak mustahil untuk aku lupakan dia.. Tak mengapalah, mungkin apabila aku sudah bersuami, aku akan lupakan dia.. Aku mengeluarkan gelang tersebut dari kotak dan membuangnya ke dalam tong sampah..

Lupakan semua, Dila! Kau akan mulakan hidup baru. Insya Allah..


Semua mata mengarah ke arah pengantin perempuan yang melangkah masuk ke ruang tamu… Sebaik melabuhkan duduk, mataku bertentang dengan mata bakal suami.. Aku tersentak.. Terus aku berdiri semula..

“Dia ni bakal suami Dila ke?”

Semua tergamam… Terkejut mungkin.. Puan Aida mengurut kepala… Apa lagi anak aku sorang ni?

“Apa Dila ni.. Mestilah dia bakal suami Dila, takkanlah yang depannya tu pulak..” Jawab mama memaksudkan papa.. Tak kelakar, mama...

Aku menarik nafas dalam! “Dila tak nak kahwin! No, especially with that guy!”

Semua makin tercengang! Drama sinetron petang khamis kah ini?


Aku mencampak gaun pengantin aku ke lantai.. T-shirt pantas disarungkan ke tubuh.. Jam tepat menunjukkan jam sembilan malam.. Oh ye, saya selamat dinikahkan ye, dengan bakal suami yang saya reject tadi tulah..

Mana tidaknya, mama nak cantas aku guna parang dah tadi! Mujurlah aku masih berakal cerdik, aku turutkan juga…

Mesti korang nak tahu kenapa aku bertindak sebegitu tadi kan? Padahal semalam bukan main bagi jaminan kata ni bukan babak drama bagai.. Sebabnya ialah, kenapa dalam banyak-banyak jejaka kat dunia ni, kenapa mesti Muhammad Haziq Edrian yang dipilih untuk jadi suami aku?

Ye, dialah pemilik kepada gelang yang masih di dalam tong sampah tu! Aku menarik nafas dalam… Kenangan lama mula menjengah sebelum pintu bilik dibuka, turut mencelikkan mata aku.. Semestilah yang masuk tu pengantin baru lagi sorang! Aku menayangkan muka menyampah… Terus badan kubaringkan ke atas katil.. Telefon di penjuru katil diambil... Ikon instagram disentuh…

Edry menarik nafas dalam.. Dia sendiri tidak tahu mengapa isterinya itu bersikap sedemikian.. Sedangkan sebelum mereka tidak pernah bertemu, apatah lagi untuk mengenali antara satu sama lain..

Kalau berdasarkan kata-kata ummi, Dila sangat berbeza.. Ummi sendiri terkejut dengan sikap Dila.. Dia memandang sekeliling bilik sebelum matanya tertancap kepada tong sampah yang didalamnya hanya terdapat seutas rantai tangan.. Tangannya laju mengeluarkan gelang tersebut dari dalam tong sampah..

Macam pernah nampak gelang ni, tapi di mana ya?

Aku terganggu dengan kelibat Haziq yang berdiri kaku.. Mataku mencerlung ke arah gelang yang berada di tangannya.. Aku pantas bangun dan merampas gelang tersebut dari tangannya menyebabkan gelang itu putus..

Sepertimana kejadian dulu bermula…..

Edry mula mengingati.. Kepala diangkat menatap wajah isterinya.. Hannah Adila! Patutlah semasa akad nikah tadi, nama tersebut seperti biasa didengari.. Edry senyum lega..

Aku menahan geram melihat senyuman yang terukir dibibirnya.. Wah,untuk sebab apa pula dia bahagia?

“Hannah!” Ujar Edry..

Aku menggigit bibir.. Hannah dah tak wujud lagi lepas kejadian satu itu! Tidak lagi.. Yang ada hanyalah Dila! Dila!

“Wah, cantiknya kau sekarang! MasyaAllah, terima kasih Ya Allah, kau temukan aku semula dengan Hannah..” Edry mengucap syukur… Kedua-dua telapak tangan dibawa ke wajah, menadah kesyukuran..

Aku senyum sinis.. “Siapa Hannah?” … Soalan aku berjaya mematikan senyuman diwajahnya… Giliran aku pula tersenyum berpuas hati..

“Hannah, kau tak ingat aku ke? Aku ni, Haziq! Kita satu matrik dulu!” Ujar Edry seolah-olah tidak menyangka Hannah tidak mengingatinya..

Tawa aku meletus.. “Kenapa pulak aku lupa? Kau kot punca utama aku berhenti matrik dulu! Mana boleh lupa” Ujarku sinis..

Edry tersentap… Dia tahu salahnya.. Malah, itulah sebabnya dia kekal bujang sehinggalah dijodohkan dengan pilihan ummi… Dia bersalah terhadap Hannah…

“Well, whatever reason you are thinking off, Hannah dah tak wujud.. That fat, ugly, full of pimples Hannah doesn’t exist anymore… Thanks to her lovely first crush, Haziq Edrian for that… So, stop calling me Hannah because why….

Sebab you takkan boleh minta maaf dekat that Hannah, and please keep that guilty until the end of your breath! Hannah dah mati..” Ujarku serius..

Mata kami bertentang seketika sebelum aku mengalihkan mataku.. Tak mahu tertipu dengan mata yang penuh penyesalan itu.. Hannah dah tak wujud, yang ada kini ialah Dila bukan Hannah! Noktah!

Aku berpaling namun langkahku terhenti sebaik ada tangan memelukku dari belakang.. Jantung yang berdegup kencang sedaya upaya aku kawal.. Gemuruh, marah, sebak semua bergabung menjadi satu..


“I’m sorry..” Pinta Haziq perlahan..
Bersambung……



So guys, amacam? (angkat kening double jerk) ... Kalau you guys nak sambungan dia, komen kat bawah "nak sambungan,please" ... Cukup SEPULUH  komen, Nana akan update sambungan dia...

And, Nana nak offer sedutan kisah 'kejadian satu @ kejadian dulu' semasa Hannah dan Haziq belajar di matrikulasi, sama jugak langkah dia, komen kat bawah "nak sedutan kisah dulu, please" ... Yang ni ada diskaun sikit.. Haha... Cukup LIMA komen, Nana akan update sedutan yang tu..

So, you guys ajaklah kawan-kawan ke, sedara mara ke, baca dan komen... Lagi cepat you guys komen, lagi cepatlah korang dapat tahu sambungan dia.. 

(p/s: cepat tau guys.. Banyak lagi tau yang Nana belum release... hehe)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mini Novel #2 : Sayang kau pakcik kedut (1)

Adam yang sedang membeli lauk di sebuah gerai berpaling.. Sebuah motor yang sedang meluncur laju di atas jalan menarik perhatiannya.. Gadis bertudung merah itulah penunggangnya.. Tapi, belum sempat dia berbuat apa-apa, gadis itu dah lesap..
“Laju betul orang kat sini bawak motor ye mak cik..” Tanya Adam sambil menghulurkan not sepuluh ke arah mak cik si penjual..
“Eh, tak adalah.. budak-budak jantan macam biasalah bawak laju, tapi si Adel ni, entahlah.. Kita tegur dikatanya mana ada bawak laju.. tapi baik budaknya..” Terang mak cik Senah sambil menghulurkan kepada Adam bakinya..
Adam masuk ke dalam kereta.. Enjin dihidupkan.. Adel? Cantik..

Aku masuk ke dalam rumah bersama barang yang aku beli.. Badan aku hempaskan ke atas katil.. Ah, cepatnya masa berlalu! Dah nak kahwin dah aku.. Wah, rasa macam baru semalam aku masuk sekolah menengah..
Telefon yang berdering mematikan lamunan aku.. Si sewel senget.. Ahhh! Apa dia nak lagi?!
“Helo!” Sapaku kasar..
“Waalaikumussalam.. Kau dah cakap dengan m…

Mini Novel #2 :Sayang Kau Pak Cik Kedut (2)

“Adel..” Keluh Dazrin perlahan tapi dapat didengari Johanna.. Johanna memandang suaminya.. Ah, cukuplah perempuan tu dapat hati mummy dan mama, takkan hati laki aku sekali?
Dazrin yang tiba-tiba ketawa kuat menyebabkan Johanna turut memandang hadapan.. Senyuman turut terukir melihat pasangan bahagia tu sama-sama terjatuh dalam kolam renang..
“Jomlah sayang.. Kesian diorang..” Dazrin menarik isterinya ke kolam untuk membantu pasangan itu keluar dari kolam..
Dazrin menghulurkan tangan kepada Adam manakala Johanna menyerahkan tangan kepada aku.. Terkejut jugak aku tapi bila tengok senyuman dia yang ikhlas tu, aku turut tersenyum ke arah nya..
“Sayang..” Signal yang Adam bagi kepada aku menyebabkan kami berdua menarik pasangan tu masuk sekali ke dalam kolam renang.. Memang bergelak sakanlah kami.. Dengan masing-masing menjirus air ke arah masing-masing..
“Ya Allah..” Kata seseorang mematikan tingkah kami semua.. Kak ngah dan abang ngah mencekak pinggang melihat telatah kami.. Sebelum diorang d…